KUALA LUMPUR: Jaguh badminton beregu wanita Malaysia Pearly Tan-M.Thinaah melangkah gagah menghampiri kejayaan terbesar mereka dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Perancis 2022 semalam.
Juara Sukan Komanwel 2022 itu berjaya menundukkan pasangan baharu dari Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee dengan 21-13, 21-17 dalam saingan peringkat separuh akhir di Stadium Stade Pierre de Coubertin, Paris.
So Hee, bersama regunya sebelum ini Shin Seung Chan, merupakan pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2021, dan mencapai ranking sebagai pasangan nombor dua dunia.
Hari ini, pasangan negara yang berada di kedudukan ke-11 dunia itu, akan berhadapan dengan pasangan nombor tujuh dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun.
Ia merupakan pertemuan pertama Pearly-Thinaah dengan pasangan dari Jepun itu, yang terdahulu menumpaskan pasangan senegara Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 25-23 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Sebelum ini, Pearly-Thinaah mengejutkan pasangan nombor tiga dunia dari Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama dengan 15-21, 21-14, 21-14 dalam saingan peringkat suku akhir, Jumaat.
Kejayaan terbesar mereka dalam siri Jelajah BWF adalah memenangi Terbuka Swiss 2021, kejohanan Super 300 pada bulan Mac tahun lepas, membawa pulang hadiah kemenangan bernilai US$11,060 (kira-kira RM52,000).
Terbuka Perancis merupakan kejohanan BWF World Tour Super 750 event, kejohanan tahap tiga yang menawarkan hadiah bernilai US$49,950 (kira-kira RM235,000) bagi pemenangan acara beregu dan US$23,625 (kira-kira RM111,000) bagi finalis, selain mata ranking BWF.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Pada Jumaat, Pearly-Thinaah mengejutkan pasangan Chiharu Shida-Nami Matsuyama dari Jepun dengan 15-21, 21-14, 21-14 dalam saingan peringkat suku akhir. - Foto Astro ARENA/Facebook BAM

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.

Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.

Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.

Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis
Thinaah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - TESL) di OUM sejak Mei 2020.

Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir
Pemain bukan pilihan Tze Yong kalah kepada pemain pilihan kelapan Shi Feng dengan 17-21, 12-21.

Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam
Djokovic kini mengatasi rekod yang sebelum ini dikongsinya bersama Rafael Nadal.

Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek
Pemain kelahiran Poland itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain wanita terbaik di dunia terutama di atas gelanggang tanah liat.

Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic.

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17
Novak Djokovic melepasi rekod sepanjang zaman Rafael Nadal dengan mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-17.