KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mahu gandingan beregu lelaki pelapis dan junior negara mengikuti langkah Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang memperagakan aksi baik di beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini.
Beregu muda yang berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Australia minggu lepas dan suku akhir Terbuka Thailand bulan lepas dalam empat kejohanan yang disertai sejak Mei menyaksikan mereka mendaki lapan anak tangga untuk menduduki ranking ke-20 dunia, iaitu kedudukan terbaik dalam karier.
Hon Jian, 23, dan Muhammad Haikal, 21, yang tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia bulan lepas dan pusingan pertama Terbuka Indonesia awal bulan ini berada pada kedudukan kelima di Malaysia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik (nombor 5 dunia), Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (13), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (16) dan beregu professional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (18).
Rexy melihatnya sebagai perkara yang cukup positif bagi kem negara apabila lebih tiga wakil ABM boleh beraksi di kejohanan tahap tinggi seperti Jelajah Dunia Super 500, 750 dan 1000.
"Kita kini ada tiga beregu senior dan tiga junior yang mampu beri cabaran dalam kejohanan 500 dan ke atas, persaingan dalam lapangan cukup positif.
"Kita harapkan beregu junior seperti Wan Muhammad Arif Shaharuddin Wan Junaidi-Yap Roy King dan Kang Khai Xing-Aaron Tai juga lebih berusaha (untuk meningkatkan prestasi mereka)," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa sesi latihan di ABM di sini semalam.
Rexy berkata pihaknya juga belum membuat keputusan sama ada Hon Jian akan fokus dalam acara beregu lelaki atau beregu campuran apabila menduduki ranking ke-40 beregu campuran dunia menerusi gandingan bersama Go Pei Kee.
Beliau berkata pemain berasal dari Bukit Mertajam itu pernah berbincang dengan jurulatih beregu campuran kebangsaan Nova Widianto mengenai perkara itu, namun keputusan dijangka dibuat menjelang akhir tahun ini selepas menilai perkembangan prestasinya dan acara yang lebih dominan.
Sementara itu, Rexy turut menuntut Hon Jian-Muhammad Haikal untuk beraksi dengan lebih serius dan agresif apabila bertembung dengan beregu utama dunia, berdasarkan prestasi ketika tewas 18-21, 10-21 kepada beregu nombor lapan dunia dari China He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada separuh akhir Terbuka Australia, Sabtu lepas.
"Mereka banyak bermain-main, kesilapan mereka ketika mendahului 16-14 (pada set pertama) adalah tidak berikan tekanan kepada beregu China, padahal mereka main agresif untuk dapatkan banyak mata. Hon Jian-Muhammad Haikal main terlalu selamat, berikan beregu China kesempatan untuk tekan mereka," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

Aksi Hon Jian-Muhammad Haikal ketika menewaskan Rizky Hidayat-Frengky Wijaya Putra dari Australia pada Terbuka Australia, 14 Jun lalu. - Facebook BAM

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.