PHNOM PENH: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 Noor Syahieda Mat Shah memuji semangat juang atlet "luar biasa" yang mampu mencapai sasaran 33 pingat emas buat negara seawal hari keempat temasya dwitahunan itu berlangsung di Kemboja, semalam.
Beliau berkata kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu dalam mempersiapkan diri mereka untuk menggalas cabaran Malaysia yang akan melabuhkan tirainya pada Jumaat ini.
"Mereka (atlet) meggunakan kudrat sendiri untuk bermain acara yang disusun secara back-to-back (padat) jadi sudah semestinya pujian harus diberikan kepada mereka.
"Atlet juga langsung tidak pernah merungut berkenaan apa-apa, jadi bagi saya sasaran emas ini untuk mereka dan negara," katanya selepas gandingan Chee Chaoming-Brady Chin menghadiahkan emas ke-33 buat Malaysia menerusi acara beregu pingpong lelaki (Kelas 9- masalah keseimbangan ringan).
Emas keramat itu hadir semalam selepas gandingan negara menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez, 11-8, 11-7 dan 11-8, pada aksi final di Dewan Pingpong, Stadium Morodok.
Noor Syahieda berkata atlet negara yang akan mengambil bahagian berbaki tiga hari temasya seharusnya menggunakan peluang itu untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat apabila tiada lagi tekanan buat mereka.
"Sekarang ini tiada lagi tekanan buat atlet jadi mereka harus berseronok sebab lepas ini emas bonus dibuat adalah untuk mereka sendiri. Insya-Allah, saya yakin mereka mampu membawa lebih banyak emas," katanya.
Malaysia kini mempunyai 33 emas, 27 perak dan 18 gangsa dan berada pada kedudukan keempat carta pungutan pingat setakat pukul 8 pagi waktu Malaysia hari ini.
Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Noor Syahieda berkata atlet negara yang akan mengambil bahagian berbaki tiga hari temasya seharusnya menggunakan peluang itu untuk mengumpul sebanyak mungkin pingat apabila tiada lagi tekanan buat mereka. - Gambar fail BERNAMA

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.

APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas
Kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.