PHNOM PENH: Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 pada hari keenam Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di sini, malam ini.
Penentuan penalti terpaksa dijalankan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik tamat masa sebenar perlawanan di Stadium Olimpik Nasional, sekali gus memperbaiki pencapaian dua pingat gangsa yang diraih skuad negara di APG edisi 2013 (Myanmar) dan 2017 (Kuala Lumpur).
Anak buah Asnan Md Zuki kali pertama membuat penampilan dalam APG di Naypyidaw, Myanmar pada 2013.
Keputusan itu malah menyaksikan skuad negara unggul merangkul pingat emas ke-47 negara di Kemboja, disertai 38 perak dan 28 gangsa hari ini.
Bagaimanapun, temasya dwitahunan yang akan melabuhkan tirainya esok masih berbaki satu acara iaitu badminton.
Tumpuan kontinjen negara esok pastinya terarah kepada kem badminton yang mengesahkan slot final menerusi tiga acara iaitu Mhd Amin Burhanuddin (perseorangan lelaki SL4- kecacatan fizikal).
Pemain berusia 31 tahun itu akan membuat perhitungan bersama pemain Indonesia Hikmat Ramdani pada aksi final perseorangan SL4, untuk mengubah warna pingat gangsa yang dimenanginya pada edisi lalu di Solo, Indonesia kepada emas, esok.
Selain itu, Muhammad Ikhwan Ramli akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan lelaki WH1- berkerusi roda serta beregu lelaki WH1-WH2 bersama Noor Azwan Noorlan.
Muhammad Ikhwan perlu mempamerkan aksi terbaiknya pada aksi final sekiranya beliau mahu mempertahankan kedua-dua kejuaraan yang dimenanginya di Solo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023

Keceriaan jelas terpancar pada wajah skuad bola sepak cerebral palsy (CP) yang menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1. - Foto BERNAMA

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Klang
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.