PHNOM PENH: Malaysia kekal berada pada kedudukan keempat dalam carta pungutan pingat walaupun berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia iaitu 33 emas semalam selepas berakhir hari keempat temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki (Kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini semalam.
Kem renang pula menyumbang empat emas menerusi Fraidden Dawan dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu S10; Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan (100m kuak kupu-kupu S14); Rusdianto Rusmadi (100m kuak kupu-kupu S8) dan Bryan Lau dari 100m gaya bebas S14.
Manakala, kontinjen olahraga negara sekadar meraih tiga pingat emas menerusi Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi dalam acara 400m lelaki T20; Mohammad Zikri Zakaria (lontar peluru F55) dan Doriah Poulus menerusi acara lontar peluru F44.
Noor Askuzaimey Mat Salim dari pula menyumbang satu pingat emas menerusi boccia individu wanita BC4
Sumbangan sembilan pingat emas, 10 perak dan lima gangsa semalam menyaksikan Malaysia kini mempunyai 33 emas, 27 perak dan 18 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Sumbangan sembilan pingat emas, 10 perak dan lima gangsa pada Selasa menyaksikan Malaysia kini mempunyai 33 emas, 27 perak dan 18 gangsa. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.