PHNOM PENH: Kini tiba giliran atlet para negara untuk menyinar apabila temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 membuka tirainya di sini, esok.
Selepas pencapaian menyedihkan kontinjen negara pada Sukan SEA baru-baru ini, atlet para negara diharap dapat mengubati kekecewaan Malaysia pada temasya sukan bagi orang kurang upaya yang bakal berlangsung hingga 9 Jun ini.
Ketiadaan tiga jaguh negara, iaitu Datuk Mohd Latif Romly (lompat jauh T20), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan atlet badminton para Cheah Liek Hou dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen negara yang hadir ke sini dengan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa.
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) juga dilihat mengambil langkah selamat apabila menyasarkan pingat emas yang lebih rendah berbanding pencapaian di Solo, Indonesia tahun lepas, iaitu 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa dan menamatkan kempen di kedudukan keempat.
Pada edisi kali ini, Malaysia yang akan diwakili hampir 43 peratus atau 62 daripada 144 atlet yang akan beraksi buat pertama kali di pentas Asia Tenggara itu, pastinya akan membuatkan peminat sukan tanah air berfikir sejenak sekiranya sasaran itu mampu dicapai.
Lebih merunsingkan apabila tuan rumah di sini tidak menyenaraikan 10 acara daripada dua sukan iaitu memanah dan tenis berkerusi roda yang dilihat mampu menyumbang sekurang-kurangnya tiga emas kepada kontinjen negara jika ia dianjurkan.
Oleh itu, sukan yang sering menjadi lubuk emas negara seperti olahraga dan renang harus hadir dengan semangat juang yang tinggi bagi memastikan magis terlaksana di bumi Kemboja atau Malaysia sekali lagi berdukacita.
Di Phnom Penh, kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan yang dipertandingkan di Kemboja, yang menyaksikan Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara ataupun 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.
Tiga belas sukan itu ialah olahraga, badminton, boccia, catur, bola sepak orang buta negara, bola sepak cerebral palsy, goalball, judo, powerlifting, renang, tenis berkerusi roda dan bola keranjang berkerusi roda, selain satu sukan demo iaitu e-sukan.
Malaysia buat julung kalinya pernah muncul juara keseluruhan APG iaitu ketika menjadi tuan rumah edisi sulung di Kuala Lumpur pada 2001, yang menyaksikan kontinjen para negara unggul merangkul 143 pingat emas, 136 perak dan 92 gangsa.
Oleh yang demikian, kontinjen 'luar biasa' ini perlu bersedia untuk melaungkan amaran awal pada hari pertama temasya dwitahunan itu esok untuk dilihat sebagai pencabar utama yang sama-sama mampu menghadirkan pingat buat negara tercinta dan tidak boleh dipandang ringan oleh pesaing.
Malaysia tidak seharusnya melalui 'detik hitam' seperti gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada Sukan SEA 2023 di Kemboja yang berakhir pada 17 Mei lepas.
Ketika itu, kontinjen negara terpaksa akur apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 96 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan, berbanding 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa yang disasarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kem paralimpik kebangsaan yang diketuai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke APG Kemboja Noor Syahieda Mat Shah perlu sedar yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, yang seharusnya kejayaan itu datangnya daripada kerja keras tanpa mengenal erti penat lelah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Noor Syahieda (belakang, tengah) bersama atlet paralimpik olahraga yang akan mengambil bahagian dalam APG ke-12 di Kemboja bersemangat waja melaungkan slogan 'Demi Malaysia' di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 1 Jun 2023. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.

Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.

Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.

Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.

Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.

Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.

Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.

MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.

Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.