PHNOM PENH: Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki (SM5 - kecacatan fizikal), pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo.
Atlet berusia 16 tahun itu atau lebih dikenali sebagai 'Zy' itu, menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mampu menamatkan perlumbaan dengan catatan 3 minit 28 saat seperti yang dibuat pada kejohanan Itali bulan lalu, namun catatan masa 3:32.57s hari ini sudah cukup untuk membolehkan beliau membawa pulang pingat emas.
"Saya tahu boleh buat lebih baik daripada catatan hari ini, jadi saya mahu secepat mungkin kembali berlatih selepas tamat APG. Sasaran saya sudah pasti mahu bekerja keras dan sentiasa membuat Malaysia bangga.
"Saya pernah rekod 3:28s tetapi hari sekadar 3:3s jadi memang jauh dari catatan peribadi terbaik saya, mungkin salah satu kuak saya agak salah, tetapi saya akan cuba lagi pada kejohanan akan datang," katanya yang mempertahankan pingat sama pada edisi lalu di Solo, Indonesia.
Beliau bagaimanapun seharusnya boleh mendabik dada kerana berjaya memadam rekod kejohanan 3:35.06s yang dibuat perenang Vietnam Vo Thanh Tung pada APG 2015. Than Tung yang mencatatkan 3:36.17s hari ini meraih gangsa.
Pingat perak dimenangi perenang Indonesia Mulyadi Mulyadi (3:32.72s).
"Saya berterima kasih kepada keluarga, rakan dan barisan jurulatih kerana sentiasa memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada saya. Apa yang saya lakukan hari ini adalah bagi memastikan karier saya dalam sukan renang sentiasa berada dalam tahap terbaik.
"Memang tiada sesiapa yang meletakkan tekanan kepada saya namun saya yang meletakkan jangkaan besar buat diri sendiri," katanya.
Pelajar SMJK Chung Ling Butterworth, Penang itu pada Isnin memenangi pingat emasnya yang pertama menerusi acara 200m gaya bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Perenang negara Lee Kher Zy merangkul pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki (SM5) pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo hari ini. - Foto BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Skuad bola sepak CP tamat kemarau 10 tahun emas
Skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam tempoh sedekad selepas menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 3-1.

APG 2023: Zy raih emas namun belum puas
Perenang muda Lee Kher Zy belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

CDM puji atlet 'luar biasa' di Kemboja capai sasaran emas
Kredit harus diberikan kepada barisan atlet dan jurulatih yang telah berpenat lelah menjalani latihan tanpa jemu.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.