SEPANG: Ganjaran wang tunai keseluruhan mencecah lebih RM1 juta menanti pemenang pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).
Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk R. Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.
"Ganjaran adalah berdasarkan SHAKAM, saya pasti kerajaan akan menunaikan apa sahaja yang dijanjikan, saya tidak melihat ia sebagai masalah walaupun kita memenangi 50 emas," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, semalam.
Menerusi SHAKAM, pemenang emas acara individu bakal membawa pulang RM20,000 diikuti RM10,000 untuk emas kedua dan seterusnya.
Bagi acara berpasukan yang kurang daripada lima orang akan membawa pulang RM20,000 manakala acara berpasukan lebih daripada lima orang layak menerima RM5,000.
Terdahulu, ketibaan Subramaniam bersama kontinjen negara ke APG 2023 disambut isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta ahli keluarga barisan atlet.
Sementara itu, atlet terbaik negara di APG 2023 Abd Halim Mohammad menjadi individu yang akan menerima habuan tertinggi selepas menggondol lima emas menerusi renang.
Bagaimanapun, beliau yang membuat penampilan kedua pada temasya sukan dwitahunan itu tidak memikirkan soal ganjaran, sebaliknya mahu terus fokus memperbaiki prestasi serta catatan masa untuk bersaing di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 seterusnya Sukan Paralimpik Paris 2024.
"Apa pun saya anggap ganjaran itu sebagai bonus, saya ibaratkan macam durian runtuh, saya rasa sangat bersyukur," katanya.
Pada APG 2023 di Kemboja yang melabuhkan tirainya Jumaat, pencapaian 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa menyaksikan Malaysia menduduki tangga keempat carta pingat di belakang juara, Indonesia diikuti Thailand (kedua) dan Vietnam ketiga.
MPM sebelum ini mengumumkan sasaran 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa berbanding 36 emas, 20 perak dan 14 gangsa yang diraih pada edisi lepas di Solo, Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Dr Wan Azizah dan Hannah bersama para atlet selepas menyambut kepulangan Kontinjen Sukan Para ASEAN ke-12 2023 di KLIA Sepang, 10 Jun 2023. -- fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.

Belanjawan 2025: KBS tidak abai atlet para, peruntukan disalurkan kepada MSN, JBSN
KBS tetap akan menyalurkan bantuan kewangan untuk pembangunan atlet para, bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang menyertai temasya dan pertandingan akan datang.

Mupok Lok! jumpa 'KitakOrang Rah' Para SUKMA di Selangor!
Obor rasmi temasya dwitahunan yang dinyalakan oleh jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dipadamkan sebagai simbolik penutupan.

Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.

Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.

Paralimpik Paris 2024: Pecutan saat akhir Philippe lebur harapan gangsa Ammar Aiman
Ammar Aiman memulakan larian dengan memberangsangkan dan berada dalam kelompok tiga terbaik sebelum Yovanni Philippe meningkatkan pecutan.

Paris 2024: Nur Syaiful duduki tempat keenam
Nur Syaiful menduduki tempat keenam dengan catatan masa 1 minit 46.71 saat di Paris La Defense Arena.

Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.

MPM jamin isu kad akreditasi tidak timbul di Paralimpik Paris 2024
Beliau berkata kuota kad akreditasi melibatkan 30 atlet dan 32 pegawai adalah mencukupi pada temasya sukan berprestij dunia itu.

Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.