PHNOM PENH: Pertaruhan yang berbaloi atau makan diri?
Itu persoalan berlegar-legar di minda peminat sukan tanah air selepas Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyasarkan kontinjen negara meraih 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, yang dijadual dibuka secara rasmi, esok.
Sasaran tersebut diumumkan Ahad lepas, sudah semestinya sedikit tinggi jika dibandingkan dengan prestasi kurang memberangsangkan dilakar kontinjen kebangsaan yang sekadar membawa pulang 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.
Dengan Malaysia bakal kehilangan 18 emas, 16 perak dan 30 gangsa susulan keputusan tuan rumah di sini, tidak menyenaraikan 57 acara daripada Sukan SEA 2021 meliputi beberapa sukan sering menjadi lubuk emas negara iaitu terjun selain ketiadaan acara gimrama, menembak serta tenpin boling pastinya menjadi cabaran getir buat atlet negara mengejar indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan.
Lebih menarik, trend hampir sama seperti dilakukan di Hanoi dengan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu merangkumi 440 orang atau 65 peratus daripada jumlah keseluruhan 677 atlet juga dinanti-nantikan banyak pihak sama ada mereka berjaya mencipta magis di bumi Kemboja atau pulang hampa tanpa sebarang hasil lumayan.
Di Phnom Penh, kontinjen negara akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan meliputi 340 ataupun 58.42 peratus daripada keseluruhan 582 acara dipertandingkan atas faktor antara lain tindakan penganjur menyenaraikan sukan agak asing bagi Malaysia seperti arnis, vovinam dan kun bokator.
Memandangkan Malaysia hanya pernah meraih kedudukan terburuk iaitu keenam dari segi carta pungutan pingat sebanyak dua kali pada edisi 1983 di Singapura serta Hanoi 2021, pencapaian di Phnom Penh juga tampak sukar dibaca apabila Hannah sendiri menyatakan mencapai sasaran ditetapkan lebih menjadi keutamaan berbanding mengejar kedudukan lima teratas dalam carta pungutan pingat.
Biarpun rata-rata atlet negara dibarisi muka baharu termasuk 387 atlet berusia bawah 23 tahun, tindakan sedemikian juga perlu dilihat dari sisi positif kerana Sukan SEA 2023 bakal menjadi platform membuktikan kemampuan mereka menandingi kehebatan atlet senior mahupun bersaing bersama jaguh serantau lain, malah mungkin boleh dijadikan batu loncatan untuk cuba merebut slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Olahraga menyaksikan penyertaan seramai 65 atlet yang bakal mengibar cabaran negara di Phnom Penh untuk cuba mencapai sasaran 'berani mati' 10 emas oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) biarpun berjaya membawa pulang lima emas, tiga perak dan lapan gangsa pada edisi 2021.
Ketiadaan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi susulan komitmennya di Amerika Syarikat mungkin merencatkan usaha mereka menepati sasaran namun kelibat seorang lagi atlet yang berpangkalan di negara 'Uncle Sam' iaitu Shereen Samson Vallabouy melegakan kem olahraga negara.
Shereen, yang baru sahaja meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan berusia 30 tahun milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56 saat (s) pada 1993, di Filipina, berjaya mencatat 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, bulan lepas, diharap mampu merangkul emas acara 400m selain melonjak motivasi skuad olahraga kuartet 4x400m wanita kebangsaan meraih kedudukan tertinggi di podium.
Kejutan mungkin boleh dilakukan kuartet 4x100m wanita negara dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling tatkala mereka menampilkan larian memukau untuk muncul pemenang di garisan penamat menerusi catatan masa 45.70s mengatasi Singapura di kedudukan kedua (45.82s) manakala ketiga milik Thailand (46.06s) di Terbuka Singapura bulan lepas.
Selepas gah menyapu bersih lapan pingat emas pada edisi 2021, skuad terjun negara berdepan cabaran dalam usaha memastikan mereka terus menguasai Sukan SEA susulan ketiadaan nama besar seperti ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ooi Tze Liang bagi memberi laluan kepada barisan pelapis mencipta nama di peringkat serantau.
Daripada lapan atlet disenaraikan pada Sukan SEA kali ini, hanya Muhammad Syafiq Puteh, Gabriel Gilbert Daim, Bertrand Rhodict Anak Lises diikuti atlet wanita Kimberly Bong dan Ong Ker Ying telah beraksi di Hanoi, manakala Enrique Maccartney Harold, Lee Yiat Qing serta Nur Eilisha Rania Muhammad Abrar Raj bakal membuat penampilan pertama pada temasya berkenaan.
Bagi acara badminton pula, kecederaan bintang meningkat naik, Justin Hoh berikutan kecederaan achilles tendon kiri, bulan lepas, memberi tamparan hebat kepada mereka dalam memburu emas perseorangan lelaki selepas kali terakhir dimenangi jaguh profesional negara, Lee Zii Jia pada edisi 2019.
Bagaimanapun, sandaran boleh diletakkan kepada pemain perseorangan utama lelaki di sini iaitu Leong Jun Hao selain Goh Boon Sze-Rayner Beh (beregu lelaki) dan Yap Roy King-Yap Ling (beregu campuran) untuk setidak-tidaknya memperbaiki pencapaian satu emas, dua perak dan satu gangsa di Hanoi.
Dalam pada itu, permulaan meyakinkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan menerusi kemenangan besar 5-1 ke atas Laos dalam aksi Kumpulan B di Stadium Prince diharap dapat membakar semangat anak buah E. Elavarasan menamatkan kemarau 12 tahun meraih 'ibu segala pingat' ketika menundukkan tuan rumah ketika itu, Indonesia, menerusi penentuan sepakan penalti, 4-3.
Acara hoki juga berpeluang besar meraih empat emas masing-masing dua bagi kategori padang dan dalam dewan manakala sukan renang, kriket, berbasikal dan karate berpotensi menjelmakan kilauan emas sekiranya atlet mereka berada pada prestasi terbaik di hari pertandingan.
Sementara itu, tuan rumah yang masih bertungkus lumus melakukan persiapan akhir, pula mempertaruhkan 896 atlet untuk cuba mengaut sebanyak mungkin pingat emas sekali gus menjadikan edisi kali ini sebagai pencapaian terbaik selepas edisi 1971 di Kuala Lumpur yang menyaksikan mereka mengakhiri kedudukan di tangga kelima dengan 17 emas, 18 perak dan 18 gangsa.
Tidak dinafikan, debaran atlet Malaysia kian berdegup kencang sebelum medan perjuangan dibuka namun walau apa pun rintangan dihadapi, diharapkan agar mereka dapat memastikan Jalur Gemilang berkibar megah di bumi Kemboja sehingga 17 Mei ini.
Selamat berjuang buat atlet Malaysia!
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Hannah menyasarkan kontinjen negara meraih 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, yang dijadual dibuka secara rasmi, esok. - Gambar fail/Bernama
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
NRES jawab isu dibangkitkan Rimbawatch berkaitan COP29
NRES mengambil maklum perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Rimbawatch dan entiti-entiti lain dan akan terus memperbaiki segala proses yang relevan menjelang COP30 di Belem, Brazil kelak.
Jho Low di Myanmar? Bukit Aman belum terima maklumat
Tan Sri Razarudin Husain berkata Polis Diraja Malaysia tidak mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low yang didakwa berada di Myamnar.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
Setakat ini, katanya pihak berkuasa Myanmar tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai individu penting bagi perbicaraan kes 1MDB dengan PDRM, memandangkan negara berkenaan turut berada dalam ASEANAPOL.
TERKINI] Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Hasil lawatan PM ke luar negara peroleh pelaburan RM12.8 bilion
Jelas Menteri Komunikasi ia termasuk pembukaan pasaran baharu, pengukuhan diplomatik, perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, pensijilan halal serta penubuhan ekosistem baharu di Afrika Utara dan Amerika Latin.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Kos dibiayai Kerajaan untuk deligasi rasmi berjumlah RM1.662 juta
Jelas Menteri Komunikasi merangkap jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil, Kerajaan Malaysia membayar untuk penerbangan Perdana Menteri dan beliau tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat.
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.