Olahragawati Kebangsaan 2016, Siti Rahmah Mohamed Nasir menyifatkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarganya adalah kunci utama kepada kejayaan beliau pada hari ini.
Srikandi silat negara berusia 30 tahun itu berkata, dorongan serta semangat yang diberikan terutama daripada arwah bapanya, Allahyarham Mohamed Nasir Jalil, bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura yang pernah mencipta nama bersama pasukan Terengganu, menyemarakkan semangatnya untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan.
"Arwah bapa adalah antara sumber inspirasi utama dalam kejayaan saya hari ini dan hanya saya seorang sahaja daripada enam beradik yang mengikut jejaknya aktif dalam bidang sukan. Semangat yang sering beliau berikan membantu saya untuk terus berlatih dan tidak berputus asa.
"Saya masih ingat ketika saya perlu hadir menjalani latihan di MSN ( Majlis Sukan Negara), Bukit Jalil dan pada waktu itu dia (bapa) sedang sakit, dia tetap suruh saya pergi berlatih," katanya kepada Bernama selepas tamat majlis Anugerah Sukan Negara 2016, semalam.
Allahyarham Mohamed Nasir yang juga lulusan Universiti Muhammad bin Saud di Riyadh, Arab Saudi, sememangnya dikenali dengan kerajinannya di padang sehingga menerima jolokan 'Kuda Liar'. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Jun 2011 akibat barah otak.
Peminat bola sepak Pulau Pinang khususnya pasti tidak melupakan bagaimana Allahyarham Mohamed Nasir 'meragut' gelaran Piala Malaysia yang sudah hampir pasti menjadi milik mereka pada final 1977.
Allahyarham yang dimasukkan 15 minit sebelum perlawanan tamat berjaya menghasilkan gol bagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Singapura muncul juara hasil hasil tandukan Quah Kim Song pada waktu tambahan.
Beliau turut berada dalam pasukan Singapura yang muncul juara Piala Malaysia pada 1980 selepas menundukkan Selangor 2-1.
Allahyarham kemudian mewakili Terengganu pada 1982 dan dipanggil ''ustaz'' oleh penyokong negeri itu dan kekal di sana selepas menggantung butnya sebelum mendapat kerakyatan pada 1988.
Pada majlis anugerah berkenaan, Siti Rahmah mengenepikan lima calon lain iaitu ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Lin Jane (tenpin boling), Tan Li Lian (bina badan) dan Aaliyah Yoong (ski air).
Anak jati Kuala Terengganu yang merangkul kejuaraan hatrik dalam kategori Puteri Kelas E Kejuaraan Silat Dunia pada tahun 2012, 2015 dan 2016, bagaimanapun tidak menyangka dirinya akan dipilih sebagai pemenang.
Namun, menyifatkan ia sebagai pembakar semangat dalam memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
"Saya berasa sangat terharu dan berbangga di atas anugerah ini. Saya tidak sangka akan menerimanya kerana saya dicalonkan bersama barisan atlet yang tidak kurang hebatnya.
"Kejayaan bermakna ini sudah semestinya akan menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dan lebih fokus untuk mencapai sasaran mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA di hadapan penyokong sendiri," katanya.
Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan 2016, Abdul Latif Romly yang mencipta sejarah menjadi atlet paralimpik pertama menerima anugerah berkenaan berharap kejayaan beliau itu dapat menjadi inspirasi buat semua atlet kelainan upaya untuk melakar kejayaan.
"Saya berharap anugerah ini bukan sahaja dapat memberikan semangat kepada saya, malah kepada semua atlet paralimpik yang lain untuk terus berazam mencipta kejayaan," kata atlet berusia 20 tahun kelahiran Perlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
Siri Rahmah (kanan) mengecapi saat manis dalam karier apabila dinobat sebagai Olahrawati Kebangsaan 2016 pada Rabu. - Gambar fail
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mengambil maklum terhadap isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Dua usahawan cacat penglihatan bukti kekurangan fizikal bukan halangan berjaya
Hasidi Hassan, 56, berkata perniagaan yang diusahakan bersama rakan kongsi, Siti Hadijah Abu Bakar, 49, telah menempuh pelbagai ujian.
Mohamad Syahmi mahu ikut jejak Aniq
Atlet berusia 20 tahun itu berkata beliau tidak akan berhenti berusaha untuk ke peringkat lebih tinggi dalam sukan angkat berat.
Legasi Abdul Taib jadi inspirasi untuk terus majukan Sarawak - Mutang Tagal
Legasi kepimpinan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud akan terus menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Bumi Kenyalang.
MILO, MOM perkukuh kerjasama bina negara juara
MILO meneruskan dedikasinya terhadap industri sukan negara dengan pemeteraian perjanjian penajaan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Isnin.
Ekspresi lestari warisan melalui lukisan
Inspirasi untuk menghasilkan sesuatu lukisan adalah berdasarkan pengalamannya ketika mengunjungi sesuatu tempat.
Filem P. Ramlee bawa pengajaran rentas zaman
Filem seniman agung tanah air itu yang berjudul Anakku Sazali menjadi filem pilihan program yang diadakan di Auditorium Finas Sarawak.
Cacat penglihatan bukan penghalang berjaya, realisasi cita-cita jadi pensyarah
Khairullah Affarouk Paiman berjaya menggenggam ijazah Sarjana Bahasa Melayu dari UPM dan sedang menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah.
PRN Melaka: Arwah bapaku inspirasiku - Khaidhirah, Zulkiflee
Membesar dengan menyaksikan ayah bekerja demi rakyat menjadi inspirasi untuk aktif dalam arena politik.
Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh berkata, kelibat Rossi di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.