SERDANG: Cacat penglihatan bukan penghalang bagi Khairullah Affarouk Paiman, 37, untuk terus menempa kejayaan di peringkat tertinggi bagi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi pensyarah dalam bidang bahasa.
Anak kelahiran Felda Pemanis, Segamat, Johor itu berjaya menggenggam ijazah Sarjana Bahasa Melayu dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sedang menyambung pelajarannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Beliau antara 945 graduan UPM yang menerima skrol pada sesi pertama Majlis Konvokesyen ke-44 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Khairullah Affarouk ketika ditemui Bernama berkata cacat penglihatan dialaminya sejak berusia 13 tahun bukan alasan untuk dirinya berputus asa sebaliknya ia menjadi pembakar semangat untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
"Saraf mata saya rosak akibat terkena bola dan doktor memaklumkan ia tidak boleh dibaiki lagi...mulai saat itu, saya menyertai sekolah pendidikan khas untuk mendalami ilmu menggunakan tulisan Braille.
"Memang ia agak sukar dan saya ambil masa enam bulan untuk belajar tulisan Braille... Alhamdulillah, berkat usaha, kini saya sudah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan hanya selangkah lagi untuk mendapatkan PhD," katanya.
Berkongsi cara pembelajarannya, beliau berkata teknologi serba canggih seperti Mesin Pencetak Braille di UPM memudahkan urusan untuknya mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan.
"Bahan-bahan juga diperoleh daripada internet dan saya memang banyak habiskan masa di perpustakaan kerana banyak kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) belajar di tempat itu," katanya.
Turut senada dengan Khairullah Affarouk, adalah bekas atlet sepak takraw negara Muhammad Kamal Ishak, 29, yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan kereta pada 2019 dan kini berjaya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani UPM.
Beliau berkata motivasi utama untuknya terus menyambung pendidikan meskipun lumpuh adalah isterinya iaitu Nik Nurzilawatie Nik Wil, 29, dan anak perempuannya Nur Assyifa Media yang berusia dua tahun.
"Akibat kemalangan, memang saya terbaring dan tidak boleh bergerak...ahli keluarga yang membantu dan menguruskan diri saya sepanjang saya terlantar selama hampir empat bulan.
"Alhamdulillah selepas menjalani fisioterapi, saya dah boleh gerakkan tangan dan boleh duduk di atas kerusi roda dan belajar...syukur kini saya bergelar siswazah UPM," katanya.
Menceritakan cara pembelajarannya, Muhammad Kamal berkata ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), proses pembelajaran diadakan secara dalam talian memberi kelebihan buatnya kerana tidak perlu bergerak ke universiti.
"Semua pembelajaran secara dalam talian termasuk latihan industri di sekolah sukan negeri...kalau perlu pergi ke sekolah mungkin dalam sekali seminggu," katanya.
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berhasrat untuk menyumbang bakti dalam sukan sepak takraw negara dari segi kejurulatihan atau menyediakan analisis sukan itu.
"Memang saya rindukan sukan sepak takraw...kalau boleh saya ingin teruskan sumbangan untuk sukan ini... sepak takraw memang sebati dengan diri saya kerana ia permainan sejak kecil lagi," katanya yang bermain posisi apit kanan ketika mewakili negara.
Antara kejayaan dikecapi Muhammad Kamal adalah membantu Malaysia meraih pingat perak acara regu berpasukan di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
![Cacat penglihatan bukan penghalang berjaya, realisasi cita-cita jadi pensyarah Cacat penglihatan bukan penghalang berjaya, realisasi cita-cita jadi pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641635705_TBkhairullahaffarou.jpg)
Atlet sepak takraw kebangsaan, Muhammad Kamal Ishak (kanan) bersama graduan Ijazah Sarjana Bahasa Melayu yang buta kedua mata, Khairullah Affarouk Paiman selepas majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-44 hari ini. - Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732514753_RusdiMohdIsa.jpg)
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
![Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713975136_UniversitiMalaya.jpg)
Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual
Setiap seorang penuntut daripada lima penuntut UM pernah mengalami gangguan seksual, dakwa Alumni Pengajian Gender.
![GISB: KPT beri kerjasama kepada polis jika terdapat pensyarah, pelajar terlibat GISB: KPT beri kerjasama kepada polis jika terdapat pensyarah, pelajar terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714903462_ZambryAbdulKadir.jpg)
GISB: KPT beri kerjasama kepada polis jika terdapat pensyarah, pelajar terlibat
Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata ia bagi memastikan IPT bebas daripada sebarang bentuk dakyah dibawa GISB.
![Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726738083_TBZAMBRY.jpg)
Pensyarah digesa tidak keluar kenyataan di luar kepakaran, elak kekeliruan - Zambry
KPT menggesa pensyarah tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakaran bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
!['Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat 'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725801989_tbStevenSimCheeKe.jpg)
'Pensyarah dari syurga' terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
Tanpa mengenal bangsa dan agama, kita sama-sama membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni untuk semua.
![Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
![Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714003523_ZambryAbdulKadir.jpg)
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
![Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679039925_TuankuSyedFaizuddin.jpg)
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
![Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687075160_scmageneric.jpg)
Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.
![Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679628720_graduanUniversitiM.jpg)
Pindaan AUKU: Kebebasan pelajar, pensyarah berpolitik perlu ada batas
Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.