MELAKA: Menyaksikan sendiri usaha ayah mereka menjaga kebajikan dan menyelesaikan isu masyarakat menjadi inspirasi kepada dua anak bekas Ketua Menteri Melaka untuk mengikuti jejak langkah ayah mereka menceburi politik.
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar merupakan anak perempuan kepada Ketua Menteri Melaka ke-8 Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin manakala calon BN bagi kerusi Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin, merupakan anak Ketua Menteri Melaka ke-7 Allahyarham Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani.
Bagi Khaidhirah beliau membesar dengan menyaksikan ayahnya bekerja demi rakyat dan itu menjadi inspirasi kepadanya, untuk aktif dalam arena politik.
Khaidhirah yang lebih mesra dipanggil 'Dira' berkata beliau merasakan perkhidmatan serta perjuangan ayahnya itu sebagai sebahagian daripada kehidupan masyarakat, namun tidak kesemua individu menjadikan perbuatan membantu rakyat itu sebagai satu tanggungjawab.
"Sesetengah orang hanya menjaga diri sendiri sahaja. Jadi, mengambil rasa itu (berkhidmat kepada masyarakat) dan juga meneruskan rasa tanggungjawab daripada ayah saya kepada masyarakat, saya tinggalkan dunia seni saya (untuk menceburi bidang politk)," katanya kepada Bernama, di sini.
Khaidhirah berkata sebagai anak bekas Ketua Menteri, status itu bukan tiket mewah untuk beliau mudah mendapatkan pengaruh, malah menjadi satu tanda aras yang perlu dicapainya untuk melakukan perkhidmatan setaraf atau lebih baik daripada ayahnya.
"Matlamatnya (setelah menjadi calon) nombor satu adalah menjaga nama baik, nombor dua adalah demi masyarakat dan memenuhi cita rasa masyarakat hari ini, berbanding dahulu mungkin berbeza dia punya selera (kemahuan rakyat). Saya perlu kejar semula dengan kerja-kerja yang dibuat dan ditinggalkan arwah," katanya.
Khaidhirah berkata beliau menceburi bidang politik atas kesanggunpannya sendiri, kerana Allahyarham Abu Zahar tidak pernah melarang atau memaksanya melakukan sesuatu dalam kehidupan, tetapi cukuplah sekadar beliau tidak melanggar nilai kehidupan yang diajar dan mampu menjaga diri.
"Dia (Allahyarham Abu Zahar) cuma cakap kau jagalah diri kau. Saya mula terlibat secara aktif selepas dia meninggal, bukan sebab dia tinggalkan pesan, tetapi saya rasa saya sendiri yang nak teruskan, jadi saya buat benda ini (berpolitik) atas kesanggupan saya sendiri," katanya.
Abu Zahar yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan meninggal dunia di kediamannya di Merlimau, Jasin akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang pada 12 Julai 2013.
Khaidhirah berhadapan pertembungan tiga pejuru bagi merebut kerusi Rim antara beliau, B. Prasanth Kumar mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Azalina Abdul Rahman (Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Mesra masyarakat
Sementara itu, calon BN bagi kerusi Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata beliau dibesarkan dalam keadaan suasana politik 70-an, iaitu ketika Allahyarham ayahnya Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani menjadi wakil rakyat ketika itu, dan dilihat begitu mesra dengan masyarakat.
Zulkiflee berkata permasalahan rakyat ditangani begitu pantas, serta tiada banyak protokol di antara rakyat dengan Allahyarham ayahnya itu, membuatkan beliau terfikir untuk mengikut cara bapanya berpolitik.
"Maksudnya kalau rakyat susah, dia sama-sama susah, kalau rakyat senang, dia sama-sama senang. Saya melihat keakraban di antara arwah ayah dengan penduduk ataupun pengundi pada masa itu DUN Melekek (kini dikenali sebagai Taboh Naning), saya melihat begitu akrab sekali.
"Saya masih teringat-ingat bagaimana saya melihat ayah melayani tetamu ataupun rakyat dengan begitu baik. Insya-Allah saya rasa saya boleh memahami apa sebenarnya kehendak pengundi dalam Taboh Naning ini, insya-Allah," katanya.
Zulkiflee berkata Allahyarham Mohd Zin yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka ketujuh tidak pernah berpesan kepadanya supaya berkecimpung dalam arena politik, namun semangat beliau bagi membantu rakyat menyebabkan beliau menyertai bidang politik.
Beliau berkata beliau tidak mahu dibayangi nama arwah bapanya apabila menceburi bidang politik, kerana beliau lebih suka dengan caranya sendiri.
"Kalau saya nak membentuk cara arwah saya berpolitik, memang saya ingat saya tak termampu, tetapi setidaknya saya memahami bagaimana cara kesusahan dia, melayan penduduk, pengundi, tetapi akhirnya saya nampak benda yang positif.
"(Tekanan) pada saya tidak kerana seperti mana saya kata tadi, saya bergerak atas nama Zulkiflee bin Mohd Zin, bukan Zulfikflee bin Datuk Seri Mohd Zin," katanya.
Mohd Zin meninggal dunia akibat diserang angin ahmar pada 14 Mei 1997.
Zulfkiflee juga berhadapan pertembungan tiga penjuru antara beliau, Abu Hashim Abdul Samad (PN) dan Zairi Suboh (PH) bagi perebutan kerusi Taboh Naning dalam PRN Melaka kali ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas, selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
![PRN Melaka: Arwah bapaku inspirasiku - Khaidhirah, Zulkiflee PRN Melaka: Arwah bapaku inspirasiku - Khaidhirah, Zulkiflee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636793968_TBMASHUPDIRAZUL.jpg)
Membesar dengan menyaksikan ayah masing-masing bekerja demi rakyat menyuntik semangat untuk Khaidhirah (kiri) dan Zulkiflee bergiat dalam politik. - Bernama
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
![Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686546015_TBRaufYusoh.jpg)
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
![Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666524910_banjir.jpg)
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
![Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654667848_SyuhahadaAbdKadir.jpg)
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
![PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649688483_MenteriBesarSelang.jpg)
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
![Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651999595_TBSULAIMANMDALI.jpg)
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
![UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633523785_norhizam.jpg)
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
![ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637480106_SungaiUdangDrMohd.jpg)
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
![Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636902519_TBPRNMELAKA.jpg)
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
![PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647065547_TBPRNJOHOR.jpg)
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
![Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645009146_TBSULAIMANMDALI.jpg)
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.