ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.12 juta diperuntukkan bagi Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB), manakala RM1.25 juta untuk projek pembangunan sawah.
Beliau berkata projek PPLB melibatkan 115 usahawan tani dengan keluasan 71 hektar kawasan pertanian untuk membantu mereka menambah pendapatan, selain meningkatkan pengeluaran makanan dan mengurangkan import.
"Melalui PPLB, KEDA membantu peserta dengan memberikan input pertanian, peralatan, mesin pertanian dan industri asas tani ... kita juga membaik pulih dan menaik taraf tanah terbiar serta memberi latihan, kursus, promosi dan lain-lain," katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KEDA di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi KEDA Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff.
Rubiah berkata bagi projek pembangunan sawah pula sebanyak 50 hektar tanah sawah akan dipulihkan selain membaiki jalan sepanjang 5 kilometer (km), sistem perparitan serta 7.5 km jalan pertanian.
Ketika ini katanya, terdapat kira-kira 2,654 hektar tanah terbiar di Kedah yang tidak dimajukan dan dianggarkan sebanyak 2,000 hektar atau 85 peratus tanah terbiar adalah di dalam wilayah KEDA.
"Objektif program pemulihan tanah terbiar di Kedah adalah untuk membantu petani dan pesawah mengoptimumkan penggunaan tanah dalam menyokong program keterjaminan makanan negara," katanya.
Beliau berkata selain padi, peserta turut menanam nanas, durian, cili dan buah-buahan bernilai tinggi di tanah berkenaan.
Menurut rekod, sejak 2014 hingga tahun lepas, KEDA telah mengusahakan 1,154 hektar tanah terbiar dan sebanyak 1,772 peserta menerima manfaat peningkatan ekonomi.
"Pada masa ini, kita terus memberi khidmat dalam bentuk sosial ekonomi kepada masyarakat luar bandar, kita mesti ada objektif yang perlu dilengkapi KPI (petunjuk prestasi utama) dan perolehan hasil daripada program kita laksanakan," katanya.
Dalam pada itu, Rubiah berkata KEDA turut terlibat dalam membantu untuk memastikan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025 dan Dasar Agro-Makanan Negara 2021-2030 dapat dilaksanakan di kawasan operasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Rubiah berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2.12 juta diperuntukkan bagi PPLB, manakala RM1.25 juta untuk projek pembangunan sawah. - Gambar fail/Bernama

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"

Usahawan rempah-ratus 'bidan terjun' jana pendapatan lima angka sebulan
Ibu dua anak bukan sahaja berjaya meneruskan legasi keluarga, malah mampu menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan.

FAMA galak usahawan bazar Ramadan sumbang makanan kepada golongan memerlukan
Pengarah FAMA Sarawak Norsalawaty Abdul Kadir berkata inisiatif berkenaan sekali gus dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Konvensyen Francais ASEAN Mei ini rancakkan ekosistem francais serantau - Ewon
Konvensyen Francais ASEAN (AFC) yang julung kali diadakan pada Mei ini di ibu negara antara lain sebagai usaha memperkukuh ekosistem francais di rantau Asia Tenggara.

Kementerian Digital lancar garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan di sektor awam
Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam sebagai inisiatif utama untuk memudahkan agensi sektor awam mengadaptasi teknologi AI dengan bertanggungjawab.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.