KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama terutama yang disebarkan melalui platform atas talian.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan memberitahu, antara langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung perkara ini adalah mengeluarkan hukum, mewartakan fatwa dan perundangan.
"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), antara lain telah menetapkan pandangan hukum bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-74 juga telah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah menyeleweng daripada syariat Islam," katanya.
Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (Jasin) dalam Dewan Rakyat pada petang tadi yang meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan dalam menangani ideologi liberalism dan pluralism yang dilihat semakin agresif disebarkan dalam masyarakat dengan pelbagai medium termasuk dalam talian sekarang ini.
Enam buah negeri telah mengeluarkan fatwa mengenai pemikiran liberalism iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. Dua negeri iaitu Selangor dan Sabah telah mewartakan keputusan fatwa mengenai liberalism tersebut.
Selain daripada itu, pemantauan secara berkala dan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah oleh pihak berkuasa agama negeri dan agensi di peringkat persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui beberapa akta juga dijalankan.
Jawatankuasa dan Penyelarasan juga diuruskan dan diurusetiakan oleh JAKIM antaranya ialah Panel Pakar Akidah JAKIM, Jawatankuasa Pemandu Menangani Ancaman Akidah (JAPAS), Persidangan Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia, Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan.
Tambah beliau, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Jabatan Mufti-Mufti Negeri-Negeri sentiasa melaksanakan program penjelasan kepada kumpulan sasar dalam pelbagai forum bagi membendung ideologi liberalisme dan pluralisme ini daripada terus berleluasa.
Sementara itu, Kerajaan akan terus melaksanakan langkah jangka Panjang dengan mengukuhkan kurikulum pendidikan Islam secara formal dan informal dalam institusi pendidikan di Malaysia dan memperkemas undang-undang berkaitan bagi mencegah penyebaran ideologi pluralism dan liberalism terhadap masyarakat Islam.
Faida Rahim
Tue Jul 16 2024

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan memberitahu antara langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan bagi membendung perkara ini adalah mengeluarkan Hukum, mewartakan Fatwa dan Perundangan.- BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.

Tiada keperluan mendesak fatwakan GISB sesat di Terengganu - Mufti
Mohamad Sabri berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Fatwa GISB menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar diwartakan - MAIS
Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya yang difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar telah diwartakan dan disiarkan dalam Warta Kerajaan

Fatwa di bawah RUU Mufti (WP) 2024 hanya untuk orang Islam - Mohd Na'im
Fatwa yang diwartakan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 adalah hanya mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri, kata Menteri di Jabatan Per

Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Isu GISB: Jawatankusa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Mufti Kelantan belum putuskan fatwa tentang ajaran GISB
Jabatan Mufti Negeri Kelantan masih mengumpul bukti yang boleh mengaitkan GISB sebagai kumpulan ajaran sesat sebelum memutuskan sebarang fatwa tentangnya.

Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.

Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.

Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).