MEKAH: Tindakan Rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan fatwa kerajaan Arab Saudi.
Itu ketegasan yang disuarakan Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tanah Suci Lembaga Tabung Haji (TH), Shahrin Awaludin, yang merujuk kepada tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan visa pelancong untuk menunaikan haji, rukun Islam kelima dan terkandas di Mekah.
Dalam hal ini, beliau berkata, Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
"Sebab itu dalam konteks haji, kerajaan Arab Saudi melalui Dewan Ulama tertinggi telah mengesahkan hukum bahawa jemaah haji yang datang tanpa proses atau peraturan yang betul adalah haram dan berdosa," katanya
Beliau menambah dengan menarik perhatian bahawa, haji adalah satu-satunya ibadah bagi orang yang berkemampuan.
"Selain daripada kemampuan kewangan, keamanan, kesihatan, mereka juga perlu memenuhi syarat kuota, ada permit untuk menunaikan haji," katanya dalam satu sidang media kepada petugas media di ibu pejabat TH di Mekah, Arab Saudi.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kira-kira 300 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Mekah kerana dikatakan menggunakan visa pelancong untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi Forum Umrah DIY selepas dihubungi oleh rakannya yang memintanya untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan.
Hal itu kemudian mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'm Mokhtar yang mengarahkan TH agar melakukan siasatan berhubung kejadian yang menimpa bakal jemaah haji berkenaan.
Sebelum ini sekali pun, Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah Roslan Sharif menyatakan tindakan tegas bagi rakyat Malaysia yang ingin menunaikan haji tanpa melalui saluran sah berdepan penalti berjumlah 10,000 Riyal oleh kerajaan Arab Saudi.
Untuk rekod, kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji antaranya Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.
Penalti yang akan berkuat kuasa mulai 2 Jun hingga 20 Jun itu, akan dikenakan terhadap semua individu termasuk warga tempatan, pemastautin, dan pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan berkenaan tanpa permit yang sah.
Dalam pada itu, Shahrin menasihati orang ramai yang ingin menunaikan haji supaya tidak terlalu ghairah tanpa mengambil kira peraturan ditetapkan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
Ini kerana, katanya, ibadah haji bukan ibadah sewenang-wenangnya boleh dilakukan sebaliknya perlu dibuat mengikut adab dan peraturan selain perlu dilaksanakan berlandaskan hukum syarak.
Menurutnya, kemampuan sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan umat Islam menunaikan haji, sebaliknya perlu yakin ia jemputan daripada Allah.
"Insya-Allah jika ada jemputan menjadi duyufurrahman, kita akan sampai juga. Kalau kita pergi tanpa mengambil kira perkara-perkara ini, bimbang ia memberi kesan kepada pelbagai pihak termasuk kepada keluarga dan mungkin negara akan terlibat, " ujar beliau.
Kuota rasmi jemaah haji Malaysia untuk musim 1445H/2024M ialah seramai 31,600 orang dan mereka sudah tiba di tanah suci secara berperingkat sejak 9 Mei lepas. Penerbangan akhir jemaah Malaysia masuk ke Arab Saudi untuk operasi haji ialah pada 9 Jun 2024.
Hari Wukuf ialah 9 Zulhijjah atau bersamaan 15 Jun 2024.
Dr Azlinariah Abdullah
Tue May 14 2024

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji. - Astro AWANI/Linda Salim

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

VM2026: Tourism Malaysia pergiat usaha tarik pelancong India
Pada 19 Februari, Malaysia melancarkan kempen pelancongan berskala besar di India sempena pameran pelancongan terkemuka di New Delhi.

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.

Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.

Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.

Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.

Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.