AYER KEROH: Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini.
Sulaiman menyifatkan, dakwaan seumpama itu berniat jahat untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri ketika barisan pemimpin pentadbiran negeri sedang gigih melaksanakan pelbagai program pembangunan dan memenuhi janji yang telah dilafazkan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada November lalu.
“Saya menafikan dakwaan saya telah meletakkan jawatan dan saya juga menegaskan bahawa saya masih Ketua Menteri Melaka dan akan terus berkhidmat dengan sehabis baik dan sedaya upaya selagi mana dikehendaki oleh pucuk pimpinan.
“Ini adalah dakwaan yang berniat untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan negeri yang saya terajui selepas PRN Melaka November lalu dan isu sebegini tidak sepatutnya timbul terutamanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri sedang fokus memperkukuhkan usaha dan tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen yang telah hilang semasa PRU14 lalu,”katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, beliau bersama barisan Exco mempunyai agenda yang lebih besar daripada melayan kerenah pihak tertentu untuk terus bermain politik, yang jelas tidak memberi kesan positif kepada masyarakat di negeri ini.
Jelas Sulaiman, keterbukaannya mendengar pandangan ahli-ahli politik negeri ini juga bukanlah suatu kelemahan, sebaliknya ia adalah kekuatan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.
“Setelah memenangi PRN lalu, saya bersama barisan Exco berusaha gigih melaksanakan program pembangunan negeri untuk memastikan rakyat Melaka dapat menikmati limpahan kemajuan, pembangunan dan kemakmuran yang setanding dengan negeri maju lain.
“(Malah) ketika ini juga saya berada di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina mengetuai misi pelaburan negeri dan menghadiri Sarajevo Business Forum 2022 bersama Exco kanan pelaburan negeri untuk melihat peluang-peluang pelaburan di sini serta untuk menarik pelaburan asing ke negeri Melaka,” tegas beliau lagi.
Baru-baru ini terdapat dakwaan kononnya Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 21 November tahun lalu selepas BN memenangi PRN Melaka.
Ini adalah kali kedua Sulaiman dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pertama kali dilantik ke jawatan berkenaan pada 9 Mac 2020, menggantikan Adly Zahari.
Shuhada Abdul Kadir
Thu May 12 2022
![Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan Saya masih Ketua Menteri Melaka - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651999595_TBSULAIMANMDALI.jpg)
Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyangkal dakwaan kononnya beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka seperti didakwa pihak tertentu baru-baru ini. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
![Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719884357_abraufyusoh.jpg)
Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia
Pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha menghubungkan warisan antara dua negara.
![Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715655817_Pokoktumbangjpg.jpg)
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
![Kenderaan Ketua Menteri Melaka hampir dihempap, saran pantau pokok di ibu kota Kenderaan Ketua Menteri Melaka hampir dihempap, saran pantau pokok di ibu kota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715601920_tbPokokTumbang.jpg)
Kenderaan Ketua Menteri Melaka hampir dihempap, saran pantau pokok di ibu kota
Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank di sini hampir mengenai kenderaan yang membawa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini.
![Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713493201_SetiausahaKerajaan.jpg)
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
![Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705903460_TBRAUFYUSOF.jpg)
Melaka umum tarif baharu air Rabu ini - Ab Rauf
Kerajaan Melaka akan mengumumkan tarif baharu air pada Rabu ini dengan mengutamakan kepentingan pengguna dan pemegang taruh terlibat.
![Ab Rauf ketuai delegasi Melaka ke SCEWC 2023 di Barcelona Ab Rauf ketuai delegasi Melaka ke SCEWC 2023 di Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699674464_AbRaufYusoh.jpg)
Ab Rauf ketuai delegasi Melaka ke SCEWC 2023 di Barcelona
SCEWC merupakan ekspo terbesar dan paling berprestij di dunia dalam bidang inovasi perbandaran dan bandar raya pintar.
![Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688717137_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion
Pelaburan di Melaka bagi 2023 terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai berjumlah RM5 bilion lebih awal.
![Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680256724_AbRaufYusoh.jpg)
Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf
Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.
![Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680224780_SulaimanMdAli.jpg)
Di hari terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka, ini rayuan Sulaiman Md Ali
Rakyat Melaka dirayu beri sokongan sama kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri.
![Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680223264_KompleksSeriNegeri.jpg)
Angkat sumpah KM Melaka petang ini, tumpuan terarah ke Seri Negeri
Desas-desus mengatakan jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu bakal diisi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri AB Rauf Yusoh.