MELAKA: Aspek seni dan budaya merupakan 'jambatan' menghubungkan warisan antara Melaka dan Indonesia yang perlu dipertahankan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua kerajaan yang terjalin sejak sekian lama.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha berkenaan dan kerajaan negeri bercadang meneruskan inisiatif itu.
"Selepas ini, Melaka mungkin boleh menghantar delegasi ke Indonesia untuk menyambung silaturahim ini supaya kita tidak terputus di sini sahaja.
"Kita melihat hubungan ini mesti diteruskan kedua-dua hala, jadi 'laskar rempah' dari Melaka akan dihantar menerusi pelayaran Jalur Rempah Fasa Dua ke Indonesia bagi meneruskan usaha berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka yang turut dihadiri Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, lebih banyak program seni dan budaya melibatkan kedua-dua kerajaan akan dilaksanakan sekali gus menjadi satu daripada daya tarikan pelancongan baharu di Melaka.
Pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah menggunakan Kapal Republik Indonesia (KRI) Dewaruci yang membawa 120 'laskar rempah' terdiri daripada wartawan, penulis, penyelidik dan pemain industri kebudayaan dari negara itu, tiba kira-kira 10 pagi di Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, pada Ahad.
Pelayaran tersebut kali ketiga diadakan sejak 2020 dengan Melaka merupakan destinasi persinggahan pelayaran pertama di luar Indonesia dan kumpulan itu akan berada di sini selama empat hari sehingga esok.
Pelayaran itu bermula pada 7 Jun lepas dan melalui tujuh titik Jalur Rempah bermula di Jakarta, Belitung Timur, Dumai dan Sabang di Indonesia sebelum berlayar ke Melaka di Malaysia dan meneruskan semula perjalanan ke Tanjung Uban, Lampung dan Jakarta.
Melaka menjadi destinasi pertama persinggahan pelayaran misi Jalur Rempah di luar Indonesia ekoran hubungan sejarah yang panjang antara kedua-dua kerajaan itu.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Ab Rauf (tengah) bertukar cenderamata dengan Hermono (kanan) pada Majlis Makan Malam Program Muhibah Budaya Jalur Rempah Melaka, malam tadi. - Foto Instagram/Ab Rauf

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Ejen haram warga asing tumpas, enam individu ditahan termasuk majikan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan ejen haram warga asing dengan menahan enam individu dalam satu operasi khas di tiga lokasi.

Ejen insurans rugi lebih RM1.5 juta terperdaya skim pelaburan berkaitan judi
Seorang ejen insurans kerugian kira-kira RM1.58 juta selepas mendakwa diperdayakan sindiket skim pelaburan berkaitan kegiatan perjudian di Singapura, tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Wanita tidak celik hal kewangan?
Realitinya, adakah benar wanita khususnya golongan B40 berdepan masalah kurangnya pengetahuan tentang hak kewangan di bawah undang-undang Syariah Malaysia?
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kekangan birokrasi dan tekanan sosial punca halang wanita dapat hak yang sewajarnya? Apa cara nak lindungi hak kewangan wanita?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Watsons Malaysia lancar filem Watsons Raya Terunggul, tampil watak ikonik
Watsons Malaysia memperkenalkan filem Raya 2025 berjudul Raya Terunggul, yang mengetengahkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan sempena Syawal.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.
AWANI Sabah+: SYUKUR inisiatif basmi kemiskinan tegar
Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan di wilayah itu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR yang menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada mereka yang layak.
MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh teknologi, digital Malaysia
Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain industri tempatan bersama peneraju teknologi global di sela Mobile World Congress (MWC) 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.

Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia
Pelayaran Jalur Rempah yang dilaksanakan kerajaan Indonesia dilihat pendekatan terbaik ke arah usaha menghubungkan warisan antara dua negara.