Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German (PSG) 5-1 pada kejohanan pramusim Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Stadium Nasional di sini, malam ini.
Malah pengendali baharu Arsenal, Unai Emery, berjaya melakarkan strategi menarik terhadap bekas pasukan kendaliannya dari Perancis itu selepas mendahului 1-0 pada babak pertama.
Bekas pemain Piala Dunia Jerman, Mesut Ozil, yang mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa, membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 apabila menyudahkan hantaran pendek Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengalahkan penjaga gol PSG, Gianluigi Buffon.
Enam minit kemudian, Ozli, pemain berdarah Turki itu hampir menambah jaringan apabila tandukan, hasil hantaran Aubameyang, berjaya ditepis oleh penjaga gol dari Itali itu.
Tersentak dengan jaringan awal itu, PSG di bawah jurulatih baharu, Thomas Tuchel, cuba memberi tentangan dengan mengawal keadaan serta melakukan beberapa percubaan.
Namun, kedudukan pendahulu tidak berubah sehingga babak pertama berakhir.
Pada babak kedua, PSG berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Christopher Nkunku.
Pengadil menghadiahkan penalti tersebut selepas pemain pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac menjatuhkan penyerang PSG, Timothy Weah, dalam kotak penalti.
Pemain gantian, Alexandre Lacazette menyuntik nafas baharu dalam barisan depan Arsenal apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 selepas menyudahkan hantaran silang pemain muda, Emile Smith Rowe.
Lacazette, pemain dari Perancis itu, mengukuhkan kedudukan Arsenal apabila menanduk masuk gol peribadi keduanya pada minit ke-71 untuk meletakkan pasukan Gunners 3-1 di hadapan.
Arsenal, selaku juara Piala FA England sebanyak 13 kali itu, melengkapkan buruan gol menerusi Ron Holding pada minit ke-87 dan Eddie Nketiah pada masa kecederaan.
Ini merupakan perlawanan ketiga bagi pengendali Arsenal, Emery, selepas menggantikan Arsene Wenger.
Arsenal memulakan pramusim ini dengan membelasah Boreham Wood 8-0 sebelum tewas kepada pasukan Liga Sepanyol, Atletico Madrid, 3-1 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 28 2018
Ozil mengawal bola ketika perlawanan antara Arsenal dan PSG di Stadium Nasional Singapura, Sabtu malam. - AP
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Arsenal pesta gol tanpa kehadiran Aubameyang
Alexandre Lacazette bangkit untuk membuka jaringan sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua pada separuh masa pertama.
Leno, Arteta puji persembahan Saka
Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.
Peluang masih 50-50 - Unai Emery
Meskipun menang 3-1, pengurus Arsenal Unai Emery anggap peluang mereka ke final masih 50-50.
Arsenal pintas Manchester United & Tottenham
Arsenal tewaskan Newcastle 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga EPL.
EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal
Jaringan tersebut sekali gus mengagalkan hasrat The Reds untuk pulang dengan tiga mata penuh.
Gandingan Aubameyang, Lacazette benam semangat Cardiff
Shkodran Mustafi menanduk masuk gol pendahuluan The Gunners selepas 11 minit permainan sebelum skuad bimbingan Neil Warnock itu menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa jaringan.
Arsenal benam PSG 5-1
Arsenal bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German 5-1 di Singapura malam ini.
Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
Unai Emery sudah sedia dengan perancangan untuk membaiki prestasi pemain Arsenal yang sedia ada.
Aubameyang bakal sertai Arsenal
Arsenal bakal cipta rekod bayaran perpindahan baharu dengan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dari Dortmund.
Mampukah Lacazette menyerlah di Arsenal?
Jumlah merupakan rekod baharu bayaran perpindahan yang dibuat Arsenal mengatasi nilai perpindahan Mesut Ozil (42.4 juta pound) dari Real Madrid pada 2013.