UNAI EMERY menilai peluang Arsenal untuk ke perlawanan akhir Liga Europa masih lagi 50-50 meskipun menang 3-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir ke atas Valencia.
Mouctar Diakhaby meletakkan pelawat di hadapan dalam aksi di Stadium Emirates, awal pagi Jumaat, sebelum Emery bangkit mengubah kedudukan.
Alexandre Lacazette meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit untuk giliran Arsenal di hadapan sebelum Pierre-Emerick Aubameyang menambah gol ketiga.
Finalis Copa del Rey, Valencia, bakal menghadapi tugas berat untuk mencapai satu lagi perlawanan akhir, namun Emery enggan meremehkan bekas pasukannya itu.
"Kami menganggap pertemuan ini akan tetap sukar," kata Emery yang pernah memenangi Liga Europa sebanyak tiga kali di samping Sevilla.
"Dalam perlawanan kedua, peluangnya adalah 50-50 dan ia merupakan keputusan yang baik untuk pertemuan pertama.
"Begitupun, aksi timbal balik akan menjadi sangat sukar dan mungkin berbeza. Saya menilai kedua-dua pasukan mempunyai peluang 50-50.
"Kami gembira dengan keputusan hari ini dan juga berbangga dengan penyokong kami. Kami berasakan sokongan mereka sepanjang 90 minit dan saya juga bangga dengan barisan pemain kerana apabila ketinggalan 0-1, bukan mudah untuk bertenang dan bangkit untuk meraih hasilnya.
"Valencia melepaskan tiga gol adalah sesuatu yang tidak normal.
"Valencia merupakan pasukan yang sangat mantap, sebab itulah saya sangat bangga dengan usaha kami tetapi ia akan menjadi sangat sukar apabila kami bertandang ke sana, minggu depan.
"Ia akan menjadi sangat sukar, itu sesuatu yang biasa. Mereka merupakan sebuah pasukan yang sudah terbiasa beraksi dalam separuh akhir dan mereka boleh bangkit.
"Saya mempersiapkan strategi kami. Ini satu lagi perlawanan separuh akhir untuk diteruskan dan kami menikmati tugasan ini.
"Kami akan membuat persediaan dengan menganggap peluang kami adalah 50-50, jadi kami juga perlu berjuang di sana sambil memikirkan untuk menang, untuk menjaringkan gol.
"Dalam masa sama, kami perlu memanfaatkan serangan dan penguasaan bola tetapi sokongan padu penyokong akan menyemarakkan semangat mereka."
Emery menjangkakan Laurent Koscielny akan cergas untuk pertemuan kedua selepas dibawa keluar ekoran keletihan.
Astro Arena
Fri May 03 2019

Peluang Arsenal ke final masih lagi 50-50 walaupun menang 3-1. - Foto Stadium Astro.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Arsenal pesta gol tanpa kehadiran Aubameyang
Alexandre Lacazette bangkit untuk membuka jaringan sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua pada separuh masa pertama.

Leno, Arteta puji persembahan Saka
Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.

Peluang masih 50-50 - Unai Emery
Meskipun menang 3-1, pengurus Arsenal Unai Emery anggap peluang mereka ke final masih 50-50.

Arsenal pintas Manchester United & Tottenham
Arsenal tewaskan Newcastle 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga EPL.

EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal
Jaringan tersebut sekali gus mengagalkan hasrat The Reds untuk pulang dengan tiga mata penuh.

Gandingan Aubameyang, Lacazette benam semangat Cardiff
Shkodran Mustafi menanduk masuk gol pendahuluan The Gunners selepas 11 minit permainan sebelum skuad bimbingan Neil Warnock itu menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa jaringan.

Arsenal benam PSG 5-1
Arsenal bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German 5-1 di Singapura malam ini.

Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
Unai Emery sudah sedia dengan perancangan untuk membaiki prestasi pemain Arsenal yang sedia ada.

Aubameyang bakal sertai Arsenal
Arsenal bakal cipta rekod bayaran perpindahan baharu dengan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dari Dortmund.

Mampukah Lacazette menyerlah di Arsenal?
Jumlah merupakan rekod baharu bayaran perpindahan yang dibuat Arsenal mengatasi nilai perpindahan Mesut Ozil (42.4 juta pound) dari Real Madrid pada 2013.