ALOR SETAR: Pas tetap mahu bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi agenda penyatuan ummah walaupun menerima pelbagai cercaan dan kata-kata negatif.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Pas telah menetapkan naratif berkenaan daripada hanya memilih antara satu untuk didampingi ketika ini.
Katanya, ia adalah usaha ke arah mengutamakan perpaduan demi masa depan generasi akan datang.
"Wartawan selalu tanya, Pas nak pilih yang mana, Bersatu ka UMNO? dak, kami pilih dua-dua.
"Setakat hari ini naratif itulah keputusan yang ada pada kita, biar rakyat menilai, biar rakyat mencerca, perli macam-macam sekalipun, kita tetap nyatakan perpaduan ini penting," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Ijtimak Pilihan Raya Pas Pusat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini pada Sabtu.
Menurut Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), aspek perpaduan amat perlu diberi perhatian kerana perpecahan yang berlaku mungkin akan mengulangi kejadian pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kalau kita asyik bercakap tentang perebutan kuasa dan jawatan, apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa akan datang?
"Kalau berlaku perpecahan dalam kalangan kita, adakah dah terhantuk baru nak tengadah? Fikirkan tentang itu kerana kita tidak mahu apa yang berlaku dalam PRU14 berulang lagi," katanya.
Bagaimanapun, Idris berkata, di pihak Pas, mereka telah melancarkan jentera dan beliau percaya, masing-masing sudah pun melakukan tugas dalam setiap aspek di semua peringkat. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 04 2022

Idris ketika berucap di Majlis Pelancaran Ijtimak Pilihan Raya Pas Pusat di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di Alor Setar pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penubuhan kerajaan hari ini berasaskan rundingan terbuka, keabsahannya dibuktikan
Penubuhan kerajaan hari ini adalah jelas berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama dan keabsahannya juga telah dibuktikan.

Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.

Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.

Kalau PH, BN kekal bersama di Pahang, mereka akan terus hanyut - Andansura Rabu
Andansura Rabu berkata, di peringkat akar umbi, ramai anggota BN menolak kerjasama dengan PH.

Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.

Muktamar Pas: Enam usul penting dibentang esok
Enam usul penting meliputi isu politik, antarabangsa dan ekonomi akan dibentang pada sesi muktamar esok.

Pemimpin Pas bukan malaikat, terbuka terima teguran perwakilan - Ahmad Fadhli
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui kepimpinan parti itu tidak sempurna dan sentiasa terbuka menerima teguran daripada ahli serta perwakilan.

Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).

Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.