Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan SG4 juga adalah bertujuan memanfaatkan kedudukan geografi negeri-negeri terlibat.
"Apa yang menarik ialah, Kedah dan Perlis terletak di pantai barat, manakala Kelantan dan Terengganu di pantai timur.
"Walaupun kita terikat dengan konsep federalisme dan bidang kuasa negeri yang terhad, kita boleh memanfaatkan kedudukan negeri yang penting dari segi geografi.
"Di sebelah Pantai Timur, menghala ke arah Jepun, China dan lain-lain. Di sebelah Pantai Barat pula, menghala ke arah India dan negara- negara lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini hari ini.
Pada masa sama, Hadi juga meminta kerajaan Persekutuan untuk menghormati konsep ekonomi berlandaskan kesaksamaan dan adil.
Selain perwakilan dan pimpinan tertinggi Pas, ia turut dihadiri oleh beberapa pimipinan tertinggi dari parti Bersatu, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Majlis Tertinggi Beratu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pengerusi Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.