KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Rabu, meluahkan kebimbangan bahawa kenyataan seorang Ahli Parlimen yang memetik nama Lee Kuan Yew baru-baru ini mungkin menjejaskan hubungan Malaysia dan Singapura.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beberapa bulan lepas, melakukan beberapa pertemuan dengan pemimpin Singapura dalam usaha membawa peluang ekonomi untuk Malaysia.
Begitupun, Rayer mempersoalkan, adakah kenyataan ‘panas’ Ahli Parlimen terbabit akan memberi kesan kepada perdagangan melibatkan kedua-dua negara.
Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) kemudian mencelah, menyebut Peraturan Mesyuarat, mendakwa Rayer membuat sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen.
“Standing order…standing order. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.
“Saya mohon kepada Jelutong untuk menarik perkara tersebut. Saya telah memberi keterangan dan belum ada apa-apa lagi keputusan. Jadi saya mohon untuk Jelutong tarik balik perkara tersebut,” kata Mastura.
Namun, Rayer membalas: “Saya tidak menyebut mana-mana nama. Jangan perasan, sila duduk. Duduk! Siapa yang makan cili dia rasa pedas. Duduk! Saya tak sebut (nama) Kepala Batas.
“Saya bangun sebab saya sedar, perniagaan di antara Malaysia dan Singapura penting,” kata Rayer.
Siti Mastura yang masih tidak berpuas hati kemudian mencelah dengan soalan: “Adakah apa yang disebutkan oleh Jelutong sebentar tadi berkait dengan apa yang dibahaskan?".
“Ahli sedang melihat... adakah ini yang dimaksudkan dengan perbahasan untuk seorang Ahli Parlimen yang berkualiti, yang senior? Adakah ini yang ditunjukkan kepada masyarakat luar?," soalnya.
Rayer kemudian menjawab: “Memang ada kena-mengena. Baca butiran SME Corp. Baca dulu. Saya telah menyentuh butiran 020500 Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.
“Baca berita Ahli Parlimen. Jangan celupar,” kata Rayer sebelum menyambung perbahasannya.
Semalam, polis telah memanggil Siti Mastura untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung ucapannya yang dikatakan mengandungi kenyataan berbaur fitnah terhadap beberapa pemimpin DAP.
Pada 10 November lalu, media melaporkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura kerana mendakwa beliau memiliki hubungan keluarga dengan pemimpin komunis Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew.
Guan Eng memberi masa dua hari (hingga Khamis lalu) untuk Siti Mastura mengemukakan bukti berkenaan dakwaan itu, selepas tempoh 48 jam diberikan, beliau memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen itu.
Ridauddin Daud
Wed Nov 15 2023

Rayer mempersoalkan, adakah kenyataan ‘panas’ Ahli Parlimen yang tidak disebut namanya, akan memberi kesan kepada perdagangan melibatkan Malaysia-Singapura.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Dewan Rakyat: Tuduh RSN Rayer 'anti-Islam', MP Pendang digantung tiga hari
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Calon PN nafi dakwaan Rayer isu air tidak dibahas di sidang DUN Pulau Pinang
Semua soalan berhubung masalah air itu telah disediakan oleh Abidin selaku bekas pegawai khas Allahyarham Nor Zamri.

‘Saya tak sebut nama Kepala Batas, jangan perasan!’ - Rayer
Rayer meluahkan kebimbangan kenyataan seorang Ahli Parlimen, memetik nama Lee Kuan Yew baru-baru ini mungkin menjejaskan hubungan Malaysia dan Singapura.

Ahli Parlimen kontroversi jalankan tugas dengan berkesan di Dewan Rakyat - MyMP
Keberkesanan tugas itu dilihat dari segi kehadiran ke Parlimen dan penglibatan mereka dalam perbahasan serta membangkitkan usul.

Rayer dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu P.Pinang
RSN Rayer dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu (HEB) Pulau Pinang yang baharu berkuat kuasa 30 Ogos lalu hingga 31 Julai tahun depan.

'Semua ahli Parlimen perlu kutuk tindakan Jocelyn Chia' - RSN Rayer
Jelas beliau, tindakan pelawak wanita itu memperlekeh dan membuat sindirin telah menguris hati.

Selepas Awang, Shahidan, Rayer pula diarah keluar Dewan
Kedua-dua Ahli Parlimen itu diarahkan keluar selepas enggan menarik balik perkataan kurang sesuai digunakan dalam Dewan Rakyat.

"Memang benar Pulau Pinang dipajak" - Sanusi tempelak RSN Rayer
MB Kedah sifatkan pemimpin DAP dari Pulau Pinang, RS Rayer sebagai 'buta sejarah'.

Ahli Parlimen Jelutong cedera ringan dalam kemalangan
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi tadi.