KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim membuat kenyataan: "dia ini anti-Islam", yang dituju kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
Tindakan tersebut menyebabkan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang itu digantung selama tiga hari daripada menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Keputusan tersebut dibuat oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor kerana keengganan Awang Solahuddin yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya walaupun berkali-kali diminta berbuat demikian.
"Yang Berhormat Pendang tarik balik...," kata Ramli.
Begitupun, Awang Solahuddin tegas dengan pendirian untuk tidak menarik balik kenyataan yang dibuat beliau.
"Saya minta maaf... saya tak tarik balik. Jelutong memang anti-Islam. Jadi saya tak akan tarik balik," katanya sebelum Ramli dilihat memberi peluang untuk beliau mengubah pendiriaannya.
"YB Pendang tarik balik, satu... YB Pendang dua, tarik balik... YB Pendang tiga, tarik balik. Nak tarik balik atau tidak? Dengan demikian, bentara (beri arahan)... (Awang Solahuddin) tiga hari keluar (Dewan Rakyat)," kata Ramli.
Sebelum itu, RSN Rayer antaranya membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) dan Peraturan 36(12) mengenai kesalahan ahli-ahli dewan menggunakan bahasa kurang sopan atau membuat kenyataan seksis dan sangkaan jahat yang boleh mengelirukan ahli-ahli dewan.
RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen daripada blok kerajaan mendakwa Awang Solahuddin menyebut perkataan 'enam jahanam', dipercayai merujuk kepada bekas wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
"Sebab dia sebut nama saya tadi... dia ini anti-Islam... sebab itu DAP ini membela orang-orang judi.
"Fasal enam jahanam itu, memang mereka itu jahanam. Bila jahanam, dia (RSN Rayer) sebut dan kaitkan dengan Islam. Hari itu dia kait dengan Islam. Dia ini anti-Islam... Dia nak bagi orang berfikir... Itu saya cakap dia ini anti-Islam sebab itu juga dia membela orang-orang main judi di Kedah," dakwa Awang Solahuddin.
Keadaan tersebut menimbulkan rasa kurang senang RSN Rayer, yang menyifatkan kenyataan 'anti-Islam' sebagai tidak betul.
"Apa yang saya nyatakan adalah beliau telah nyatakan di dalam dewan (iaitu) menjahanam enam orang.
"Tetapi yang beliau nyatakan, saya ini anti-Islam, itu tidak betul dan (kenyataan yang) amat serius," kata RSN Rayer.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 15 2024

Awang Solahuddin (kiri) membuat kenyataan 'dia ini anti-Islam', yang dituju kepada RSN Rayer (kanan) - Foto fail/ Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.