KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi tadi.
Pegawai Khas beliau, S. Griba ketika dihubungi Bernama berkata, Rayer telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan telah dibenarkan pulang kira-kira jam 5 petang tadi.
"YB (Yang Berhormat Rayer) cedera di tangan kanan dan leher akibat kemalangan tadi, beliau telah dikejarkan ke hospital dan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin dalam kenyataan berkata kemalangan berkenaan berlaku pada jam 8.55 pagi tadi melibatkan Toyota Alphard yang dinaiki Rayer bersama empat penumpang dan seorang pemandu telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis Ford Kuga setelah kedua-dua kenderaan tersebut menukar lorong bagi mengelak sebuah objek besar di atas jalan raya.
"Semua mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu cuai memandu hingga menyebabkan kemalangan," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi tadi. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli Parlimen Jelutong cedera ringan dalam kemalangan
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi tadi.

Waytha gesa Tajuddin minta maaf
Dalam satu kenyataan di sini Waytha Moorthy berkata Tajuddin sepatutnya lebih tahu mengenai keseriusan kenyataan beliau kepada Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N Rayer itu.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Sidang kecoh, Ahli Parlimen BN keluar dewan
Ismail Sabri berkata ia sebagai protes selepas Bung Moktar Radin dan Tajuddin Abdul Rahman terlebih dahulu diminta keluar dewan oleh Speaker.