Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sekali lagi keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Speaker yang dilihat tidak tepat dan berat sebelah.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia sebagai protes selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diminta keluar dewan oleh Speaker.
“Kami cuma memohon Ahli Parlimen Jelutong untuk menarik balik dan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, itu sahaja. Kita tidak minta speaker pun untuk meminta maaf, tetapi puncanya adalah Jelutong.
“Ahli Parlimen Kinabatangan telah bangkitkan perkara 36(6), iaitu membuat sangkaan jahat kepada sesama ahli dewan dan sangkaan jahat ini dibuat oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang membawa isu Cameron Highlands ini kepada dewan dan akhirnya Speaker telah keluarkan Ahli Parlimen Cameron Highlands.
“Ia seolah-olah Ahli Parlimen Cameron Highlands gugur haknya sebagai Ahli Parlimen. Dia tidak boleh berbahas selama dua hari, dia dinafikan haknya,” kata Ismail dalam satu sidang media selepas dia bersama-sama ahli parlimen BN bertindak keluar dewan pada petang Isnin.
Dania Zainuddin
Mon Dec 10 2018

Ismail Sabri berkata ia sebagai protes selepas Bung Moktar Radin dan Tajuddin Abdul Rahman terlebih dahulu diminta keluar dewan oleh Speaker. -Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ahli Parlimen Jelutong cedera ringan dalam kemalangan
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM425.3 Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Beruntung pagi tadi.

Waytha gesa Tajuddin minta maaf
Dalam satu kenyataan di sini Waytha Moorthy berkata Tajuddin sepatutnya lebih tahu mengenai keseriusan kenyataan beliau kepada Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N Rayer itu.

Tajuddin dirujuk ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Tajuddin dari Barisan Nasional melakukan penghinaan yang serius terhadap agama Hindu apabila menanyakan Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer sama ada abu di dahinya adalah abu mayat Chin Peng.

Sidang kecoh, Ahli Parlimen BN keluar dewan
Ismail Sabri berkata ia sebagai protes selepas Bung Moktar Radin dan Tajuddin Abdul Rahman terlebih dahulu diminta keluar dewan oleh Speaker.