Henry memperolehi 11,361 undi atau 62.40 peratus dengan majoriti 5,677 manakala Baru Bian pula mendapat 5,684 undi bersamaan 31.22 peratus.
Sementara calon Pakatan Harapan (PH), Japar Suyut mendapat 1,163 undi atau 6.39 peratus.
Daripada keseluruhan 33,655 pengundi berdaftar, hanya 18,208 undi diterima pada hari ini, menjadikan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.10 peratus.
Baru Bian pada PRU14 memenangi kerusi Parlimen Selangau atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 11,228 undi menewaskan calon BN ketika itu, Rita Sarimah Patrick Insol (10,742 undi).
DAPATKAN KEPUTUSAN RASAMI/ TIDAK RASMI DAN RASMI PRU15 DI SINI
Sementara itu, di P.200 Batang Sadong, calon GPS, Rodiyah Sapiee, yang mengisi tempat penyandang terdahulu, Datuk Seri Nancy Shukri, turut menang.
Beliau memenangi kerusi itu dengan 18,668 undi atau 83.18 peratus.
Dalam pada itu, calon GPS, Richard Rapu @ Aman Begri turut mengungguli kerusi Parlimen P.204 Betong selepas memperolehi 16,479 atau 61.69 peratus dengan majoriti 11,302.
Beliau menewaskan dua calon lain, Patek @ Patrick Kamis mewakili PH dengan 5,177 atau 19.38 peratus serta Hasbie Satar dari parti Bebas dengan 5,057 atau 18.93 peratus.