Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meraih majoriti 10,154 undi dengan 35,603 undi secara keseluruhannya.
Wan Ahmad Fayhsal sekali gus menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memperoleh 25,449 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Dr Rosli Allani Abdul Kadir mendapat 3,934 undi dan calon Parti Bumiputera Malaysia (Putra) Mejar (B) Muhammad Seman hilang deposit dengan memperoleh 128 undi.
Pada PRU14, Ahmad Jazlan mengekalkan kerusinya dengan majoriti 2,824 undi, mengatasi Zulkifli Mamat (Pas) dan Datuk Sazmi Miah (PKR).