Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
"Saya memang ada jumpa dia. Tapi waktu ini memang belum ada jumpa lagi.
"Jadi saya kena berjumpa dengan dia dululah sebelum 2 November ini (calon GTA diumumkan). Kita pun belum putuskan apa-apa lagi dan ada masa sehingga 2 November ini untuk menentukannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Himpunan GTA Negeri Sembilan Bersama Negarawan pada Sabtu.
Ditanya adakah Abdul Hamid calon paling sesuai mewakili GTA bertanding dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Parlimen Rembau, beliau berkata, GTA mahu meletakkan calon paling terbaik.
Ujarnya, ramai yang berminat dan bersedia menjadi calon mewakili GTA, namun pihaknya perlu mempertimbangkan kualiti mereka terlebih dahulu terutama bagi memastikan tidak terlibat dengan jenayah dan bersih.
Sementara itu Timbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan bekas ketua polis negara itu akan menjadi 'giant killer' sekiranya bersetuju untuk bertanding di Parlimen Rembau.
"Kita tahu yang Tan Sri Hamid seorang yang sangat profesional dan kewibawaan beliau tidak boleh di sangkal.
"Hubungan ayahanda (Tun Mahathir) dan dia pun sangat rapat. Jadi memang pun kita sudah minta supaya Tun bercakap dengan beliau," katanya. - Sinar Harian