KUALA LUMPUR: Tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang ditetapkan pada 19 November dilihat tepat dan bersesuaian bagi semua pihak.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani tempoh sebulan sebelum PRU15 membolehkan orang ramai merancang perjalanan untuk pulang ke kampung dan mengundi.
Sementara, untuk parti-parti politik pula, jelas beliau, merupakan tempoh yang sesuai untuk merencana kempen dan strategi bagi menarik hati pengundi.
"Tempoh ini akan beri kelebihan kepada parti (politik) untuk kemuka calon dan berkempen untuk tarik sokongan rakyat.
"Parti memang sudah buat persediaan itu, tetapi di pihak rakyat sekarang sudah tahu tarikh, ini masa untuk rancang perjalanan balik kampung, ada tempoh masa yang panjang juga.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga ambil kira aspek mahu meramaikan jumlah yang turun mengundi, kadar keluar mengundi meningkat walaupun kita jangka menurun kerana faktor undi automatik, tetapi siapa tahu ramai yang turun sebab ramai yang teruja kerana kali pertama mengundi," katanya.
Tambah beliau, hakikat yang kelihatan hari ini ialah sistem demokrasi semakin berkembang dan rakyat mempunyai lebih banyak pilihan, walaupun parti politik tidak gemar bercakap mengenai perkara itu.
"Menarik untuk dilihat bagaimana dinamika di saat akhir kerana akhirnya rakyat yang akan menentukan.
"Dalam konteks ini, kita mahu lihat sejauh mana tsunami politik boleh berlaku lagi, persepsi rakyat dan sama ada kerajaan yang dibentuk nanti adalah majoriti mudah atau kerajaan campuran, tetapi apa sekalipun ia akan mematangkan politik kita," ujarnya lagi.
Sementara itu, bagi Penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia, G Manimaran pula, tarikh berkenaan kondusif apatah lagi jika mengambil kira tarikh penting lain dan musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.
"Walaupun melihat pada pilihan raya negeri (PRN) dan kalau ambil kira tahun 2018 juga ada masa sebulan dari tarikh bubar parlimen.
"Tetapi ada dua tarikh yang mengikat SPR iaitu kerajaan negeri yang bubar lewat dan jangkaan kita akan masuk musim banjir, jadi saya rasa tarikh itu sesuai dan kondusif untuk semua yang terlibat," katanya.
Mohd Azizuddin dan Manimaran berkata demikian ketika muncul sebagai tetamu dalam program Malaysia Memilih terbitan Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, SPR menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 sementara hari penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022.
Madiha Abdullah
Thu Oct 20 2022
Tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang ditetapkan pada 19 November dilihat tepat dan bersesuaian bagi semua pihak, kata penganalisis politik. - Gambar fail BERNAMA
Ee Wei tidak jamin kembalikan prestasi terbaik selepas Paris 2024
Toh Ee Wei mengakui beliau tidak dapat memberi jaminan akan kembali kepada prestasi mengagumkan selepas Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Nga seru kerjasama UN-Habitat promosi ruang hijau dan taman awam
Nga menyeru kerjasama dengan UN-Habitat untuk mempromosikan kawasan hijau dan membangunkan lebih banyak taman awam di seluruh Malaysia.
Pavilion MAHA di MAEPS lokasi lawatan delegasi ASEAN pada 2025
MAHA di MAEPS dikenal pasti sebagai satu daripada lokasi pilihan untuk lawatan delegasi ASEAN tahun depan.
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.