KUALA LUMPUR: Rayuan calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Melaka yang menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kawasan Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan didengar 16 Feb depan.
Peguam Mohd Faizi Che Abu, yang mewakili Mas Ermieyati berkata rayuan itu akan didengar di Mahkamah Persekutuan secara dalam talian.
"Namun, pihak kami masih menunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Pilihan Raya Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron, hari ini yang turut disertai peguam Rosfinah Rahmat, mewakili Abdul Hakim.
Menurut Mohd Faizi, mahkamah turut menetapkan 2 Jan 2024 untuk pengurusan kes.
Pada 10 Nov lepas, Abdul Hakim memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Datuk Abu Bakar Katar yang menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakannya.
Mahkamah Pilihan Raya Melaka pada 27 Okt lepas, mengekalkan kemenangan Mas Ermieyati selepas memutuskan pempetisyen (Abdul Hakim) gagal membuktikan wujud elemen rasuah pada kempen PRU15.
Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa rasuah dalam bentuk wang dan jamuan digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15.
Pada 2 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Masjid Tanah dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh selepas membenarkan rayuan Abdul Hakim.
Abdul Hakim merayu terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya itu yang membatalkan petisyen pilihan rayanya untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati.
Pada PRU15 lepas, Mas Ermieyati, Ketua Bersatu Masjid Tanah, menang dengan majoriti 4,411 undi dalam saingan empat penjuru selepas memperoleh 25,604 undi.
Beliau menewaskan Abdul Hakim yang memperoleh 21,193 undi, calon MUDA, Mutalib Uthman (7,445 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Handrawirawan Abu Bakar (507 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Pada 3 Jan lepas, Abdul Hakim (kanan) memfailkan petisyen pilihan raya mendakwa rasuah dalam bentuk wang dan jamuan digunakan untuk memikat pengundi pada PRU15. - Gambar fail/Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.

Mahkamah Persekutuan tetapkan 19 Jun dengar rayuan petisyen pilihan raya Gua Musang, Putrajaya
Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan BN mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Putrajaya dan Gua Musang.