Melalui pemantauan Astro AWANI di Taman TAR yang terletak di kawasan Ampang Jaya pada petang Ahad, didapati empat kenderaan mewah diercayai milik pemimpin BN diparkir di tepi jalan berhampiran kediaman itu
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan pertemuan itu berlangsung dan pemimpin mana yang terlibat.
Ketika ini UMNO dan BN dipercayai menghadapi dilema dan isu dalaman selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) awal pagi ini.
Keputusan menyaksikan BN menerima kemerosoton teruk selepas hanya memenangi 30 kerusi dalam PRU15 ini.
IKUTI PAUTAN INI: KEPUTUSAN PENUH PRU15
Selain itu, beberapa nama turut meletakkan jawatan dalam UMNO antaranya Tan Sri Noh Omar sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Shahril Hamdan sebagai Ketua Penerangan UMNO.
Gesaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meletak jawatan juga semakin kuat dalam kalangan pemimpin parti itu.
Ini termasuk kepimpinan MIC dan MCA.
Buat masa ini juga, BN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada akan menyertai mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan yang sah selepas dua parti utama mendapat jumlah kerusi tertinggi iaitu Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi dan Pakatan Harapan (82 kerusi).