JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor tidak boleh terlalu yakin dengan kemenangan besar dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang lepas akan berulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad berkata berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terutamanya selepas PRN Johor pada Mac lepas, gabungan itu ketika ini dikatakan boleh memenangi 10 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan walaupun pimpinan pusat meletakkan sasaran jauh lebih tinggi.
Beliau berkata 10 kerusi Parlimen itu ialah Parit Sulong, Sembrong, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Pontian, Pengerang, Ayer Hitam, Tanjung Piai dan Tebrau.
"Kepimpinan peringkat pusat meletakkan harapan dengan mengarahkan BN Johor menyumbang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen. Namun berdasarkan bacaan yang dibuat, setakat ini kita yakin boleh menang hanya 10 kerusi, itupun ada beberapa kerusi yang masih 50-50.
"(Tetapi) Peluang untuk mencapai 20 kerusi bukan mustahil, kita perlu bersama-sama mengukur kekuatan dan mencari satu formula terbaik," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Dalam Bahagian Tebrau di Ulu Tiram di sini malam tadi.
Pada PRU14, daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN hanya memenangi lapan kerusi dengan UMNO tujuh kerusi (Parit Sulong, Sembrong, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Pontian dan Pengerang) dan MCA satu kerusi iaitu Ayer Hitam.
Pada Disember 2018, Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latif Ahmad menyertai Bersatu, menjadikan kerusi Parlimen Johor yang dipegang BN adalah tujuh kerusi.
Bagaimanapun, dengan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada MCA memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 Nov 2019, menjadikan kerusi Parlimen yang dipegang BN kembali kepada lapan kerusi.
Sementara itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata tidak menjadi Menteri Besar walaupun berjaya memimpin UMNO dan BN untuk menang dalam PRN tidak menjadi isu buat dirinya kerana telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan termasuk memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam PRN Johor.
"UMNO terus bekerjasama dengan institusi Diraja, bekerjasama dalam membentuk sebuah kerajaan yang kuat, hari ini dipimpin oleh barisan kepimpinan muda yang harus diberi ruang dan peluang untuk terus menonjolkan kebolehan dan kepimpinan mereka," kata Hasni.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Johor itu sempat berseloroh dengan berteka-teki tentang masa depan politiknya sama ada beliau akan dicalonkan bagi kerusi Parlimen dalam PRU15 atau tidak.
"(Parlimen) Pontian, tempat Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Ahmad Maslan)... Ketua Bahagiannya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO (Hasni), dengarnya nak diberi peluang bertanding Parlimen, macam mana agaknya? Tetapi tidak mengapa, itu rahsia orang Pontian, tetapi sesiapa pun saya percaya boleh menang di kerusi itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Hasni berkata, tidak menjadi Menteri Besar walaupun berjaya memimpin UMNO dan BN untuk menang dalam PRN tidak menjadi isu buat dirinya. - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.