KUALA LUMPUR: Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah berasaskan keadaan politik di negeri itu dan bukan atas faktor kepentingan politik.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum Barisan Nasional dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali.
"Keadaan politik di Johor nampak tenang di bahagian atasnya, dalamnya menggelegak. Pernah satu hari Sidang DUN Johor, tidak ada keputusan kalau Speaker tidak guna casting vote, tak dapat luluskan satu bil.
"Majoriti kerajaan Johor lebih satu kerusi sahaja, jadi hari itu ada seorang ADUN kerajaan kena kuarantin jadi tak dapatlah luluskan bil tanpa casting vote Speaker.
"Apa yang kita nampak, bagaimana nak urus negeri dalam keadaan tidak menentu begini? Kerajaan tidak ada masa untuk fokus keutamaan membangunkan negeri, malah sering tergugat dengan keadaan yang tidak menentu.
"Pembangunan negeri terencat, kerajaan Johor pun ada macam-macam kepala, ada pendapat dan agenda masing-masing," jelas beliau.
Tegasnya, apa yang berlaku dalam PRN lain seperti Melaka, tidak boleh disamakan dengan apa yang akan berlaku di Johor kerana situasi di setiap negeri adalah berbeza.
Dalam pada itu, Mohamad berkata Pilihan Raya Umum (PRU) merupakan pilihan yang difikirkan bagi mengatasi ketidakstabilan politik, namun keadaan lebih mendesak di Johor yang memerlukan pilihan raya dilakukan secepat mungkin.
Beliau juga mengakui keperluan diadakan PRU pada kadar segera bagi memulihkan kepercayaan orang ramai, bukan sahaja rakyat tetapi juga pelabur luar yang beranggapan demokrasi seakan terhakis di negara ini.
"PRU itu terserah kepada Perdana Menteri, di peringkat pusat tidak begitu mendesak kerana sudah ada MoU sehingga Julai, jadi biarlah dahulu.
"Tetapi PRU kena diadakan selepas itu kerana orang ramai tidak memperakui kerajaan ini. Orang luar juga pandang kita sinis, takkan nak tengok sahaja mereka melabur di Thailand dan Indonesia.
"Kita tidak kurang apa pun berbanding mereka tetapi kita dianggap tak hormat demokrasi," katanya lagi.
Mohamad menjadi tetamu program Agenda AWANI, yang bersiaran pada Isnin.
Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene.
Astro Awani
Mon Jan 31 2022
Mohamad Hasan berkata, tanggapan yang mengatakan momentum BN dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini menjadi punca PRN Johor, adalah salah sama sekali. - Astro AWANI
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik
Acara dihadiri Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat.
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
Isu Laut China Selatan: Perlu diselesai cara ASEAN, bukan kaedah satu negara
Menurut Mohamad, formula pendekatan ASEAN diperlukan kerana banyak negara litoral yang membuat tuntutan di kawasan tersebut.
Isu Palestin: AS tiada jawapan konkrit bila kekejaman boleh dihentikan
Bagaimanapun menurut Mohamad, Washington masih berharap agar peperangan dapat dihentikan dan tidak merebak ke kawasan-kawasan lain.
Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.
Keanggotaan Timor Leste dalam ASEAN mampu beri nilai tambah - Mohamad
Penyertaan Timor Leste dalam keanggotaan negara ASEAN akan mampu memberi nilai tambah kepada blok tersebut.
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Kenyataan Mohamad di UNGA gambar ketegasan Malaysia terhadap isu sejagat - Saifuddin Nasution
Pada perhimpunan UNGA itu, Malaysia menyuarakan pendirian tegas berhubung beberapa perkara seperti kuasa veto, Islamofobia dan Palestin.