Kempen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang dipenuhi tohmahan dan fitnah memperlihatkan mereka sebenarnya 'pengecut', kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata pendekatan yang diambil pakatan pembangkang itu menunjukkan mereka semakin ketandusan idea untuk menarik minat rakyat dan pengundi menghadiri program yang dianjurkan jentera terbabit.
Selain fitnah, taktik ganas dan provokasi yang menjadi amalan jentera pembangkang juga mengguris hati banyak pihak termasuk pengundi di kawasan terbabit.
"Maklum balas yang jentera Wanita UMNO terima daripada pengundi di sini adalah mereka amat kesal dengan cara jentera Pakatan Harapan berkempen, tabur fitnah sana sini, sudah tiada modal lain.
"Kita minta jentera Pakatan Harapan hentikanlah taktik sebegitu," katanya kepada pemberita selepas melawat bazar Ramadan Sungai Panjang, di sini pada Khamis.
BACA: Politik kebencian Pakatan Harapan menguntungkan Barisan Nasional
Shahrizat menyifatkan pengundi setempat amat memerlukan peningkatan ekonomi dan pembangunan dan yakin calon Barisan Nasional(BN), Budiman Mohd Zohdi mampu mengotakannya.
Beliau berkata bekas penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon telah menjalankan tugas di kawasan itu dengan baik maka rakyat perlu memilih calon yang mampu membawa kesinambungan legasi tersebut.
Mengulas mengenai perjalanan gerak kerja jentera Wanita UMNO, Shahrizat berkata rakyat menerima kehadiran mereka berkempen dengan positif malah kawasan 'hitam' yang selama itu sukar ditembusi semakin terang.
Katanya, suasana berkempen jentera juga semakin mantap walaupun baru lima hari tempoh kempen bermula, malah hubungan silaturahim antara jentera dan rakyat juga amat baik.
Sempena kunjungannya hari ini, Shahrizat turut menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran bersama hampir 200 anggota Wanita UMNO di Masjid Ma'munah Sungai Nipah, Sungai Panjang, di sini.
PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal pada 14 Jun manakala hari pengundian, 18 Jun ini.
Bernama
Thu Jun 09 2016
Shahrizat (kiri) merangkap Ketua Amirah Skuad An-Nur Kebangsaan hadir pada Majlis Khatam Perdana dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid Ma'muniah, Sungai Nipah, Sungai Besar pada Khamis. - fotoBERNAMA
Banjir: 20 jalan Persekutuan di Kelantan ditutup - JKR
Sebanyak 20 jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.
Nadma diarah hantar lebihan khemah ke Kelantan - Ahmad Zahid
Nadma diarahkan untuk menghantar lebihan khemah di negeri lain untuk keperluan PPS di Kelantan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Fitnah: Dr Maza saman GISB, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media Ogos lepas. Dalam pernyataan t
Bas pasukan Real Madrid alami kemalangan ketika pulang dari Liverpool
Bas pasukan Real Madrid terlibat dalam pelanggaran dengan lori di Warwickshire ketika dalam perjalanan pulang ke Sepanyol berikutan kekalahan kepada Liverpool.
Beras putih import turun harga berkuat kuasa 1 Disember
Bernas bersetuju untuk menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan metrik kepada RM2,800 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Sapura Energy: Pengerusi, CEO Kumpulan letak jawatan S4 tahun kewangan 2025
Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan 2025.
Saham Hybe jatuh susulan tindakan artis keluar label
Hybe, yang terkenal kerana melonjakkan kerjaya satu lagi kumpulan K-Pop, BTS, telah kehilangan lebih AS$1 bilion (RM4.44 bilion) daripada nilai pasarannya sejak April, apabila pengurus lama NewJeans, Min Hee-jin diketepikan susulan pertikaian dalaman syarikat.
Tarif AS: Biden harap Trump pertimbang semula tarif
Kata Biden, jika ia benar-benar dilaksanakan, hubungan AS dengan sekutu rapat akan berdepan masalah besar.
Bank of Japan: Saham Asia tergelincir, yen pula sasar minggu terbaik
Dagangan dalam ekuiti dan perbendaharaan AS ditutup kerana cuti Hari Kesyukuran, dengan Indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik di luar Jepun jatuh 0.3% dan turun 0.5% untuk minggu ini.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.