Calon Pas pada pilihan raya kecil Seri Setia, Dr Halimah Ali menegaskan beliau sentiasa bersedia untuk berdebat dengan lawannya dari Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar.
Malah, jelasnya, asalkan ia membawakan kebaikan kepada pengundi Seri Setia, beliau sanggup menerima jemputan penganjur mana-mana acara debat.
“Saya pergi sahaja sebab ada penganjur. Saya baru dapat surat jemputan (debat) tadi daripada penganjur.
"Kalau betul ada debat malam ini. Tidak menjadi isu kepada saya,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan kempen di SK Kampung Lindungan di sini hari ini.
Poster debat antara Dr Halimah dan Halimey itu dikatakan dianjurkan sebuah badan badan NGO, Gabungan Muafakat Penduduk Seri Setia.
Menurut Dr Halimah, beliau telah menerima jemputan debat berkenaan hari ini.
Malah, beliau tidak menolak kemungkinan calon PH gentar untuk berdepan dengannya sehingga mengelak setiap kali ada cadangan untuk berdebat oleh pihak-pihak tertentu.
BACA: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey
“Agaknya (beliau gentar), sebab saya sudah buat apa yang perlu dibuat. Apa yang baik untuk rakyat, saya akan buat sama ada nak berdebat ke, apa ke, yang sebelah sana saya tidak boleh jawab bagi pihak dia.
"Saya akan pergi malam ini. Ini ada penganjurnya, bukan Pas yang anjurkan,” katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Wed Sep 05 2018

Dr Halimah Ali menegaskan beliau sentiasa bersedia untuk berdebat dengan lawannya Halimey Abu Bakar. -Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf
Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali hari ini memohon maaf berikutan kenyataan beliau berhubung Menu Rahmah di Dewan Rakyat sebelum ini mengelirukan dan disalah erti.

Menu Rahmah: Speaker buat keputusan esok mengenai kenyataan Ahli Parlimen Kapar
Johari berkata beliau akan meneliti hansard terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

'Kereta Camry buruk saya sahajalah kalau nak isytihar' - Halimah
Calon Pas di DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytihar harta.

Calon PH Seri Setia menangis jawab kenyataan calon Pas
Suasan PRK di Dun Seri Setia semakin hangat dengan tempoh berkempen tinggal kurang 48 jam lagi.

PRK Seri Setia: Agaknya Halimey gentar untuk berdebat - Dr Halimah
Menurut Dr Halimah, beliau telah menerima jemputan debat berkenaan hari ini.

Dr Halimah seru warga ATM, polis keluar mengundi
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menyeru pengundi awal supaya keluar mengundi hari ini.

Pas terima sokongan parti berasaskan kaum India di Seri Setia
Kedua-dua parti itu mula turun padang bersama-sama Dr Halimah ketika berkempen selain memujuk anggota dan penyokong MIC dan IPF yang merupakan pengundi di DUN Seri Setia untuk mengundi calon PAS itu.

Hannah Yeoh bakal dilantik Speaker DUN Selangor?
Selain Hannah, barisan exco Selangor juga bakal dibarisi empat wanita yang terdiri dari tiga ADUN dari PKR dan satu dari PAS.