Pas menerima kerjasama parti berasaskan kaum India seperti MIC dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) yang berikrar memastikan calon diketengahkan parti Islam itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menerima sokongan masyarakat India.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kedua-dua parti itu mula turun padang bersama-sama Dr Halimah ketika berkempen selain memujuk anggota dan penyokong MIC dan IPF yang merupakan pengundi di DUN Seri Setia untuk mengundi calon Pas itu.
"Selain UMNO, kita mula menerima sokongan daripada MIC dan IPF dan beberapa badan bukan kerajaan yang berikrar untuk membantu calon Pas (di Seri Setia).
"Cuma di pihak MCA, kami tak nampak kesan terus lagi (dari segi sokongan kepada calon Pas) sebab mungkin mereka sibuk bertumpu kempen PRK DUN Balakong yang diadakan serentak dengan PRK Seri Setia iaitu 8 Sept ini," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor di sini, pada Ahad.
Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi dan Dr Halimah.
Dr Halimah berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar pada PRK berkenaan yang diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN itu, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas akibat kanser usus.
Berhubung sokongan pengundi Cina di DUN Seri Setia terhadap calon Pas, Tuan Ibrahim berkata Pas belum dapat menentukan sejauh mana tahap sokongan pengundi kaum Cina di kawasan itu.
Beliau berkata parti itu mengambil maklum mengenai jiwa dan hati kaum Cina yang mahukan pemimpin yang mampu menunaikan janji.
"Sokongan pengundi Cina (kepada Pas di Seri Setia) masih tak jelas lagi. Cuma indikatornya, nampak mereka marah dengan pembohongan kerana orang Cina ini mereka berdasarkan (faktor) kepercayaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
![Pas terima sokongan parti berasaskan kaum India di Seri Setia Pas terima sokongan parti berasaskan kaum India di Seri Setia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71535319119_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
Tuan Ibrahim (kiri) pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, 26 Ogos, 2018. Turut hadir Naib Presiden Pas Idris Ahmad (dua, kiri), Ketua Muslimat Pas Nuridah Salleh (dua, kanan) dan Dr Halimah (kanan). --fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586595768_DatukFaizal.jpg)
Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia
Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.
![Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567919089_TBKUALAKOH.jpg)
Syarikat korporat, NGO, dan masyarakat digesa tingkat bantuan kepada Orang Asli
Ini bagi membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meliputi semua kawasan pedalaman orang asli.
![Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/61495104786_DermaSedekah.jpg)
Badan kebajikan, NGO disaran tidak fokus bantuan gelandangan di satu tempat - TPM
Badan kebajikan perlu teroka kawasan lain yang mempunyai gelandangan dan tidak mengambil jalan mudah dengan hanya fokus kepada satu tempat.