KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali hari ini memohon maaf berikutan kenyataan beliau berhubung Menu Rahmah di Dewan Rakyat sebelum ini mengelirukan dan disalah erti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional mencuri tumpuan apabila menyampaikan pernyataan maaf dalam bentuk gurindam sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bermula.
"Kalau ada jarum peniti, jangan disimpan di dalam peti, andai ada ucapan disalah erti, saya menyusun 10 jari, niat di hati suara rakyat saya juarai, semak imbang kerajaan MADANI, biar integriti, bukankah itu peranan hakiki.
"Selaku wakil rakyat, suara rakyat yang diwakili, sudi kiranya rujuk penyata rasmi muka surat 134 hingga 137 pada 14 Februari," katanya.
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) sebelum ini membangkitkan isu berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan yang dibuat Halimah pada 14 Feb lepas ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang mengaitkan Menu Rahmah dengan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.
Dr Kelvin berkata kenyataan tersebut tidak benar, tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja tidak berdasarkan fakta dan sains, tetapi mungkin mengakibatkan salah faham atau stigma kepada komuniti autisme dan golongan orang kurang upaya.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata pernyataan yang dibacakan Dr Halimah berkenaan telah dipersetujui antara beliau dengan Dr Halimah dan menganggap kes berkenaan selesai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
![Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar bergurindam mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/61535993183_TBPRKPASxj.jpg)
Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu mencuri tumpuan apabila menyampaikan pernyataan maaf dalam bentuk gurindam sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bermula.- Fail/BERNAMA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716973812_NILAI.jpg)
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
![Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712311098_FuziahSalleh.jpg)
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
![Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664355979_minyakpetrol.jpg)
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
![Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707264944_TBWooKahLeong.jpg)
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
![43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah 43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700020832_TBFAUZIAH.jpg)
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
![Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698818431_TBArmizan.jpg)
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
![Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694652560_JualanRahmah.jpg)
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
![Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690715092_AnwarIbrahim.jpg)
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
![PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690714026_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
![Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689655793_AhmadMaslan.jpg)
Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan
Ahmad berkata ia dicapai menerusi pemberian tunai serta beberapa bantuan langsung lain kepada rakyat supaya boleh dibelanjakan dalam ekonomi domestik.