KUALA NERUS: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan lebih awal.
Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Biro Politik parti telah mengenal pasti seorang daripada tiga calon yang telah disenarai pendek oleh UMNO Kelantan yang akan bertanding pada PRK nanti.
"Biro Politik telah membuat keputusan dan kita menyerahkan nama (calon yang telah dipilih) kepada Datuk Ahmad Jazlan (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) untuk membuat pengumuman awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini.
Sambil memberitahu calon yang telah dipilih merupakan seorang lelaki, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan kepada Ahmad Jazlan untuk menentukan bila nama calon tersebut akan diumumkan.
Semalam, Ahmad Jazlan berkata pihaknya bercadang untuk mengumumkan calon PRK DUN Nenggiri lebih awal bagi memberi ruang kepada calon untuk bertemu pengundi di kawasan berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.
Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun berikutan penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu apabila menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
Ahmad Zahid (depan kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini. - Foto Bernama
PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Astro Shaw, Etika rai kepelbagaian budaya dalam filem 'Abah saya, Uncle Mike'
Astro Shaw dan Etika mempersembahkan filem Abah Saya, Uncle Mike yang mengisahkan lelaki berbangsa cina, Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike.
Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.
Ringgit mendatar berbanding dolar AS ketika dibuka
Ringgit kekal tidak berubah berbanding dolar AS namun lebih tinggi berbanding mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu.
Polis terima 182 laporan terhadap Hannah Yeoh
Polis menerima 182 laporan dibuat terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh yang didakwa berhasrat memurtadkan umat Islam.
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.
KPDN Perak tumpas aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan
Sebanyak 393 unit sabun pencuci, disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.
More needs to be done to move up value chain
Malaysia is at a critical point in its journey towards a green transition. To overcome these barriers, Khazanah Research Institute, KRI’s latest publication, ‘Building a Sustainable Industrial Base: Malaysia’s Green Transition’ offers practical policy recommendations to drive innovation, expand high-tech industries, and foster inclusive rowth for all communities, including the Orang Asli. Full discussion with Research Associate of Khazanah Research Institute (KRI).
JS-SEZ mampu jadi hab strategik dengan ketersambungan global
MIDF Amanah Investment Bank Bhd berpendapat bahawa Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi hab strategik berdasarkan sambungannya ke pelabuhan Johor dan Singapura, yang menyediakan ketersambungan serantau serta global.
Fokus Tarif dan Dasar Industri di Penggal Kedua Trump
Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump, dengan cabaran besar dalam hubungan AS-China.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Jangan terlalu selesa dengan kemenangan PRK Nenggiri - Mohamad
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan jentera BN supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Isu 3R: Muhyiddin didakwa di mahkamah Gua Musang esok - KPN
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa esok berhubung ucapannya yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Anwar tegaskan tidak campur tangan siasatan terhadap Muhyiddin
Anwar berkata tidak akan mencampuri siasatan terhadap Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh institusi diraja ketika berkempen pada PRK Nenggiri.
Jangan leka kejayaan di Nenggiri - Ahmad Maslan
Ahmad menggesa barisan jentera parti semua terus fokus membuat persiapan rapi.
PN Pahang sokong Muhyiddin disiasat
ADUN Perikatan Nasional (PN) negeri ini menyokong penuh titah Tengku Hassanal supaya satu siasatan yang adil dilakukan ke atas Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya semasa berkempen di Nenggiri.
'Saya tak bermaksud hina institusi raja' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak berniat menghina institusi raja.