Setiap ahli parti perlu bekerja secara berpasukan dan mempunyai semangat setiakawan dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.
Bagi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Chua Wee Beng berkata, mereka yang tidak disenaraikan sebagai calon masih boleh menyumbang kepada parti walaupun tidak dipilih pucuk kepimpinan.
Meskipun tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Bentayan, dia akan tetap membantu sesiapa sahaja yang mengantikan tempatnya.
"Analoginya mudah, pilihan raya seperti acara lari berganti-ganti. Ada waktunya anda diberi kepercayaan menjadi pelari terakhir untuk melepasi garisan penamat dan adakalanya anda yang harus membantu memastikan pelari terakhir dapat memenangi garisan penamat sebagai juara.
"Kali ini saya tidak menjadi individu yang melepasi garisan penamat, bukan satu masalah untuk saya. Kerana saya masuk politik bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kerana ingin melibatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih progresif," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Bagi Pengerusi Pakatan Harapan Bakri itu, apa yang penting adalah memastikan kemenangan parti dan bukannya menjadi Yang Berhormat (YB).
Kerusi DUN Bentayan dimenangi DAP selepas Wee Beng menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Fong Soh Lan dengan mendapat majoriti 6,847 undi.
Sementara itu bakal-bakal calon BN bagi kerusi Parlimen Batu Pahat, Haliza Abdullah berkata, mereka yang berhasrat untuk menjadi calon perlu belajar menguruskan harapan mereka sendiri sekiranya tidak terpilih.
"Kita kena bersatu dan perlu ada rasa kebergantungan yang tinggi antara satu sama lain. Kalau anda bekerja dengan mengharapkan sesuatu sebagai balasan kerana merasakan telah melakukan banyak perkara maka ia akan menjadi sukar jika anda tidak tercalon seperti yang diharapkan," katanya.
Haliza menjadi sandaran BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas penyandanganya Datuk Idris Jusi menewaskan calon BN, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dengan majoriti 1,524 undi pada pilihan raya umum lalu.
Hakim Rahman
Wed Apr 25 2018
Meskipun tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi DUN Bentayan, dia akan tetap membantu sesiapa sahaja yang mengantikan tempatnya.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.