Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) tidak gentar melihat gabungan Pas dengan UMNO kerana ia memberi banyak isu dan peluang dalam mendedahkan kedua-dua parti bahawa pembohongan telah menjadi wajib bagi mereka.
Perdana Menteri berkata gabungan itu agak menarik kerana asas perpecahan dan penubuhan Pas dahulu belum selesai.
"Ulama UMNO keluar UMNO untuk menubuh Pas kononnya kerana Islam. Lagipun semasa kepimpinan UMNO yang lepas, salah satu sebab penggabungan bahkan kerjasama UMNO dan Pas tidak berlaku adalah kerana Pas telah mengkafirkan UMNO," katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc malam tadi.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH berkata antara faktor lain, Pas juga tidak mahu bekerjasama dengan UMNO pada masa dahulu kerana UMNO mengamalkan perlembagaan yang dituduh sekular dan kafir.
"Pas tidak pernah menarik balik 'fatwa' tersebut. Sudahkah Pas Islamkan UMNO?," soal Dr Mahathir.
"Ini adalah di antara asas 'Amanat Haji Hadi' yang membawa kepada sembahyang dua imam; tidak mahu makan sembelihan orang UMNO, jenazah perlu disembahyangkan semula oleh orang Pas jika sebelumnya disembahyangkan oleh orang UMNO, mengharamkan anak mengahwini anak orang UMNO, mengharamkan isteri mengundi UMNO dan jika dilakukan akan gugur talak dan bermacam-macam lagi," katanya.
BACA: PH gentar dengan kerjasama UMNO dan Pas - Tok Mat
Dr Mahathir turut mempersoalkan, sama ada kesemua larangan dan amalan-amalan itu telah ditarik balik atau diarah untuk dihentikan?" soalnya.
BACA: Ini bukti Pas-UMNO 'bersekedudukan' - Kadir Jasin
Beliau berkata melihat kepada perkembangan sekarang, kerjasama antara UMNO dan Pas lebih ke arah untuk mengembalikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin dan menghalalkan semua jenayah yang didakwa terhadapnya.
"Adakah Pas sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salah guna kuasa tidak bersalah?
"Apakah atas nama penyatuan Melayu dan Islam, rasuah, salah guna kuasa dan jenayah boleh dihalalkan? Apakah ini adalah pembohongan yang wajib?
"Betul Najib belum didapati bersalah kerana perbicaraan oleh Mahkamah belum dapat diadakan. Akan terimakah Najib sebagai pemimpin Pas jika ia didapati bersalah," katanya.
BACA: Pembelotan dalam PH? Anwar dakwa Pas mahu elak isu dana RM90 juta
Menurut Dr Mahathir, jika anggota dan pemimpin Pas yang arif akan apa yang berlaku di serata dunia, kenapa mereka masih bersedia bersekongkol bersama UMNO dan Najib.
"Tidak sedarkah mereka bahawa ramai ahli UMNO sudah meninggalkan UMNO kerana telah jadi kleptokrasi dan bukan demokrasi.
"Mereka juga pasti sedar bagaimana beberapa buah bank terkenal dunia telah ditutup dan pegawai-pegawai mereka didakwa dan dijel kerana pembabitan di dalam skandal 1MDB," kata Dr Mahathir.
BACA: Kerjasama Pas-UMNO berjalan seperti biasa - Idris Ahmad
Dr Mahathir berkata, Pas perlu sedar nilai yang diterap apabila bekerjasama dengan Najib dan UMNO di waktu ini iaitu Najib menggelar dirinya dan digelar oleh pengikutnya sebagai 'Boss' yang tidak perlu berasa malu.
"Bos bermakna 'Tuan Hamba'. Apakah Pas juga bersedia untuk jadi hamba kepada seorang yang dipercayai mencuri. Sudah gugurkah Pas perasaan malu apabila menerima Najib sebagai "boss"," kata Dr Mahathir.
TONTON: Kerjasama Pas-UMNO diteruskan di Semenyih
Dr Mahathir turut menceritakan beberapa orang pemimpin Pas telah datang berjumpa beliau dan menyerah satu dokumen akujanji akan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
"Pemimpin Pas kata tidak akan berkempen sokong BN di Semenyih. Tetapi pada hari penamaan calon ramai pemimpin Pas hadir bersama pemimpin BN. Inikah janji Pas?," tanya Dr Mahathir.
Pada Selasa, UMNO dan Pas mengumumkan kerjasama secara rasmi yang akan memfokuskan aspek penyatuan ummah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2019
DR MAHATHIR: Adakah Pas sudah anggap Najib yang sedang menghadapi tuduhan-tuduhan rasuah dan salah guna kuasa tidak bersalah? - Gambar fail
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.
1MDB: Keterangan menentang Najib, umpama tamatkan hayat sendiri - Hakim
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, ini kerana kedudukan Najib ketika kejadian ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Najib kecewa dengan keputusan hakim - Peguam
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.