ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.


1. Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Mahkamah arah Najib bela diri 25 pertuduhan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.



2. CEO GISB, isteri fail habeas corpus mohon dibebaskan serta-merta

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri Azura Md Yusof yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan serta-merta.


3. Najib kecewa dengan keputusan hakim - Peguam

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.


4. 1MDB: Keterangan menentang Najib, umpama tamatkan hayat sendiri - Hakim

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memberitahu bahawa, sekiranya saksi-saksi memberi keterangan yang tidak berpihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka umpama menamatkan hayat diri sendiri.


5. Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut keputusan Mahkamah Tinggi pada Rabu.


6. Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim

Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.


7. 1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim

Mahkamah Tinggi pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.


8. Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin

Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan Projek 'Emas Untuk Palestin' khusus untuk golongan wanita di negeri itu mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin yang terus berdepan serangan dan penindasan rejim Israel.


9. GISB: Pengurus Ikhwan Cafe didakwa perdagangkan orang

Seorang pengurus Kafe Ikhwan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, pada Rabu, atas empat pertuduhan memperdagangkan orang.


10. 1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.