KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (Luham) Pas Pusat Ahmad Lufti Awang dalam kenyataan hari ini berkata Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas turut memerintahkan pempetisyen Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil membayar kos RM30,000 kepada Che Alias.
Katanya dalam prosiding yang diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, Mohamad Abazafree memberitahu mahkamah bersetuju dengan satu daripada empat isu bantahan awal yang dikemukakan peguam bela yang mewakili Che Alias, berkaitan fakta-fakta yang diplidkan untuk menyokong dakwaan sogokan dan rasuah pilihan raya yang terkandung dalam petisyen sebagai cacat, defektif dan tidak sah.
Katanya hal ini kerana tujuh program rasmi yang dianjurkan kerajaan negeri Terengganu iaitu Bantuan i-Belia, i-Siswa dan sumbangan kepada orang kurang upaya serta asnaf tidak mempunyai butiran rasuah atau sogokan, termasuk tiada maklumat penerima dan tiada fakta menunjukkan penerima juga adalah pengundi berdaftar.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan Wan Mohamad Hisham mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.
Pada prosiding tersebut, Che Alias diwakili peguam Saifuddin Othman, Wan Rohimi Wan Daud dan Mohd Nasir Embong, manakala Wan Mohamad Hisham diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, Amin Othman, Mohamed Baharudeendan dan Norhazira Abu Haiyan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Mahkamah mengekalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail
Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera
Kementerian Pendidikan beri jaminan sekolah-sekolah di Sabah yang terjejas banjir akan menerima perhatian penuh termasuk bantuan baik pulih dan penambahbaikan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa.

Wartawan Tempo terima ancaman kepala babi, bangkai tikus, polis Indonesia lancar siasatan
Polis Indonesia memulakan siasatan berikutan ancaman yang diterima wartawan majalah berita "Tempo", Francisca Christy Rosana atau lebih dikenali sebagai Cica.

AS tarik balik status undang-undang sementara lebih 530,000 migran - Laporan
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara.

Eda Ezrin reda sambut Aidilfitri di penjara
Eda Ezrin berkata, meskipun terpaksa menjalani tahanan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat dia bersyukur pada Allah selepas dibebaskan daripada tuduhan berat itu.

Rusia, Ukraine adakan rundingan di Jeddah bincang gencatan senjata
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Paris undi cadangan zon bebas kereta di ratusan jalan bandar
Penduduk Paris dijemput mengundi pada Ahad untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri
Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.

Spesies tuntung sungai terancam ditemui di Sungai Kuantan
Penemuan itu penting kerana tuntung sungai yang sebelum ini tidak ditemui di Pahang telah dikenal pasti populasi baharunya di Sungai Kuantan.

Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor: Ahmad Zahid, Fahmi rafak sembah ucapan tahniah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini.

Pang Ron-Su Yin perlu lebih garang - Peng Soon
Pasangan beregu campuran meningkat naik negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin perlu memiliki karakter berani dan bermain lebih garang seandainya mahu melangkah lebih jauh pada masa depan.

PRK DUN Ayer Kuning: Pemuda UMNO ada calon, serah keputusan kepada pucuk pimpinan
Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan untuk melobi calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.