JEDDAH: Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.

Rundingan itu berlangsung sehari sebelum perbincangan pakar Rusia-Amerika Syarikat yang dijadualkan di Riyadh, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Utusan khas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi Timur Tengah Steve Witkoff, sebelum ini memaklumkan bahawa pertemuan antara Rusia dan Ukraine akan menumpukan kepada perincian gencatan senjata selama 30 hari yang melibatkan infrastruktur tenaga serta kemungkinan penyambungan semula perjanjian eksport bijirin Laut Hitam.

Menurut Witkoff, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio serta Penasihat Keselamatan Negara Mike Waltz, akan mengetuai delegasi Washington dalam rundingan yang berlangsung di Jeddah.

-- BERNAMA