KUALA LUMPUR: Tindakan mana-mana pihak yang mempertikai prerogatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menganjurkan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu menunjukkan pengabaian prinsip kedaulatan negara dalam mentafsir Perlembagaan.
Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (Itkas), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, melandaskan amalan Westminster secara membuta-tuli dan merujuk prinsip kedaulatan di England secara bebas untuk mentafsirkan sistem demokrasi di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip Keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin prerogatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
"Sistem demokrasi berperlembagaan di Malaysia tidak mutlak serta tertakluk pada prinsip kedaulatan Raja-Raja dan Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Demokrasi berparlimen bukan prinsip kedaulatan negara kita.
"Prinsip kedaulatan negara secara nyata terpasak pada Jadual ke-IV iaitu sumpah Yang di-Pertuan Agong, Perkara 3(1) dan Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Selagi tidak dibataskan oleh peruntukan Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai prerogatif untuk menentukan bagaimana prinsip kedaulatan, iaitu Islam dan suatu pemerintahan yang adil dapat dilaksanakan.
"Perlembagaan Persekutuan menetapkan prerogatif dan bidang kuasa Majlis Raja-Raja begitu juga prerogatif dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: Agong berkenan adakan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 Jun ini
BACA: Tindakan Agong manifestasi keharmonian Raja dan demokrasi - Shamrahayu
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang mempersoalkan pendirian Muhyiddin terhadap perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun depan.
Hassan turut menimbulkan persoalan sah atau sebaliknya perbincangan khas itu dari segi Perlembagaan Persekutuan.
Dalam pada itu tegas Wan Ahmad Fauzi, prinsip Keluhuran Perlembagaan dijamin oleh Perkara 4 yang mengatasi nasihat eksekutif, membataskan kuasa perundangan Parlimen dan menetapkan prinsip pentadbiran keadilan.
Jelasnya, ada dua perkara penting yang perlu difahami untuk memahami apa yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Majlis Raja-Raja untuk menghadiri perbincangan khas pada 16 Jun nanti.
"Pertama, mesyuarat Majlis Raja-Raja boleh diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang jatuh di bawah bidang kuasanya.
"Mesyuarat Majlis Raja-Raja boleh dipanggil oleh Penyimpan Mohor Besar atas kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong atau tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-Raja untuk merundingi apa-apa perkara, termasuklah yang semata-mata berkaitan dengan keistimewaan, kedaulatan, kemuliaan dan Kebesaran Raja-Raja Melayu, atau dengan perbuatan, amalan atau upacara agama.
"Dalam perkara-perkara yang menyentuh Perkara 38(4), Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja tanpa perlu mengikut nasihat Perdana Menteri kerana itu secara jelas terjumlah dalam perkara yang dijamin oleh Perkara 40(2)(c) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Sementara perkara kedua katanya, dalam melaksanakan suatu perkara di bawah prerogatif dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan, baginda tidak tersyarat dengan prosiding mesyuarat Majlis Raja-Raja.
"Baginda mempunyai prerogatif untuk mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja atau siapa sahaja demi memelihara kepatuhan pada sumpah berjawatan Yang di-Pertuan Agong, iaitu Islam dan bagi maksud pemerintahan yang adil.
"Selagi tiada peruntukan secara nyata dalam peruntukan Perlembagaan yang membataskan tatacara pelaksanaannya, prinsip kedaulatan seperti terkandung dalam Jadual IV, Perkara 3(1) dan Perkara 181(1) adalah terpakai.
"Perbincangan khas pada 16 Jun ini merupakan hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk merundingi Raja-Raja Melayu tentang perkara penting yang berada dalam kewajipan baginda di bawah Perlembagaan, bukan di bawah Perkara 38. Justeru, prosiding yang menyentuh urusan di bawah Perkara 38 tidak berkaitan atau mengikat di sini." katanya.
Ujarnya, apa yang hendak dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun adalah amalan syura yang bertepatan dengan inti pati sumpah jawatan Baginda.
"Justeru, tindakan Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Raja-Raja yang telah memberi perkenan untuk mengadakan perbincangan khas perlu disanjung serta dilihat dari sudut kecaknaan baginda-baginda untuk memelihara kepentingan rakyat keseluruhannya tanpa dibatasi fahaman kepartian," jelasnya.
Astro Awani
Sun Jun 13 2021
Wan Ahmad Fauzi menjelaskan, apa yang hendak dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Jun adalah amalan syura yang bertepatan dengan inti pati sumpah jawatan baginda. - gambar fail/ BERNAMA
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.