Pengundi masyarakat Cina perlu berhenti daripada terus menjadi mangsa penipuan DAP yang gagal menunaikan janji yang ditabur mereka kepada rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, itu berkata pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13, DAP telah mencanangkan bahawa mereka mampu membela rakyat namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
"Sudah dua kali (PRU) mereka (DAP) buat demikian, mereka boleh berkokok tetapi bila (rakyat) beri kuasa di Pulau Pinang mereka tidak boleh jadi baik daripada kerajaan (Barisan Nasional) yang terdahulu.
"Saya seru kepada pengundi Cina, cukup-cukuplah ditipu DAP, PRU14 nanti patah baliklah kepada Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Latiff Tamby Chik dan lebih 1,000 perwakilan bahagian itu.
Ahmad Zahid berkata bagi mendapatkan kembali kepercayaan pengundi Cina pada PRU14, BN terutama parti komponen MCA dan Gerakan perlu bekerja keras bagi membuktikan bahawa BN mampu membela nasib pengundi masyarakat itu.
Beliau berkata segala cabaran dan tentangan daripada pembangkang perlu dipatahkan, malah BN perlu terus bekerja keras daripada sekarang bagi menghadapi PRU14 bagi mengelakkan parti itu 'dijadikan sejarah' oleh rakyat.
"Saya yakin dengan usaha keras ini kita mampu merampas semula kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang sejak 2013.
"Pada PRU lepas, pihak pembangkang telah memberi cabaran besar kepada kita lebih-lebih lagi dalam menarik sokongan pengundi namun ia tidak seharusnya melemahkan semangat anggota BN untuk bangun meneruskan perjuangan parti," katanya.
Beliau turut menasihatkan agar anggota UMNO jangan menyerah kalah sekiranya tidak mengecapi kejayaan dan terus berjuang bagi menarik sokongan pengundi.
Sementara itu, Ahmad Zahid menegaskan gerak kerja dalam menghadapi PRU14 perlu menjadi keutamaan bagi setiap anggota UMNO berbanding niat untuk bertanding pada pemilihan parti.
Beliau berkata perkara utama yang perlu menjadi fokus adalah kemenangan parti pada PRU14 dan beliau tiada sebarang halangan bagi mereka yang berminat bertanding pemilihan parti akan datang.
"Tidak salah untuk memasang niat kerana sesiapa sahaja layak bertanding namun mereka perlu memberi penekanan penuh dalam mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRU akan datang.
"Semua anggota UMNO jadikan persiapan jentera dan menawan pengundi lebih utama daripada menyiapkan diri sebagai calon dalam pemilihan parti akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017
Ahmad Zahid, Idris (lima, kanan) dan Latif (tiga, kanan) menyanyikan lagu UMNO ketika perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka hari ini. --fotoBERNAMA
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Ahmad Zahid ucap tahniah Selangor Red Giants ke final MSC MLBB
Ahmad Zahid berkata perjalanan luar biasa dan pencapaian cemerlang pasukan e-sukan itu di pentas antarabangsa membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
UMNO Terengganu perlu berubah fokus tangkis persepsi, tohmahan - Ahmad Zahid
UMNO Terengganu perlu berubah dengan memberi tumpuan untuk menyusun strategi bagi menangkis pelbagai persepsi dan tohmahan sekiranya berhasrat menyemarakkan semula parti di negeri itu.
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
PRK Nenggiri: Calon BN diumumkan lebih awal - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan lebih awal.
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus