KUALA NERUS: Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu amat membimbangkan terutama sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa pelajar.
"Di seluruh negara kini terdapat 1,199 maahad (pusat) tahfiz yang berdaftar dengan jumlah huffaz dapat dilahirkan seramai 125,000 orang, namun lebih banyak maahad tahfiz yang tidak didaftarkan kerana syarat yang ditentukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak dapat diikuti.
"Ini menimbulkan kekhuatiran jika berlaku kebakaran atau sebarang insiden sebagaimana yang pernah kita lihat di (pusat tahfiz) di Keramat (di Kuala Lumpur) yang menyebabkan pelajar terperangkap dalam kebakaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Terengganu, di Dewan Sultan Mizan Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata lebih 140,000 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas di seluruh negara dapat dilahirkan sebagai huffaz cilik menjelang 2026 melalui Program Pra Tahfiz.
Beliau berkata Program Pra Tahfiz yang bermula secara rasmi pada tahun ini bukan sahaja menyuntik konsep kesyumulan Islam di peringkat pendidikan awal, namun ia dapat mempersiapkan murid-murid dalam mendepani cabaran dunia digital dan teknologi masa kini.
"Kita lihat anak-anak seawal usia dua tahun, pendekatan yang digunakan ibu bapa apabila anak-anak itu meragam dan menangis, diberikan telefon pintar untuk mendiamkan mereka, akhirnya anak-anak itu akan main 'game'.
"(Sekiranya) Anak-anak tidak diajar dengan ilmu al-Quran, kekhuatiran kita adalah dengan teknologi yang canggih termasuk AI (teknologi kecerdasan buatan), kita khuatir anak-anak akan menghadapi penyaluran (maklumat) yang salah," katanya.
Tabika Pra-Tahfiz Kemas adalah program untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas.
Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.
Program itu turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi memperkasakan Pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Ahmad Zahid (dua, kanan) menyerahkan modul Pra-Tahfiz Kemas kepada pelajar Tabika Kemas Kampung Seberang Jertih 2, Besut, Luqman Haqqim Abdul Haqqim, 6. - Gambar/ Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.