KUALA KANGSAR: Langkah-langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak-anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung entiti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneliti syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan, dan pihaknya akan mencari jalan bagi 'membersihkan' entiti itu daripada penyelewengan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelbagai aspek berhubung perkara itu telah diteliti, dan beliau juga telah berbincang dengan ketua pegawai eksekutif serta pihak pengurusan anak-anak syarikat di bawah Felcra.
Beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh usaha mencari mana-mana agensi atau syarikat yang berminat untuk membeli projek pembangunan komersial Felcra di Jalan Semarak Kuala Lumpur.
"Setakat ini bangunan (di Jalan Semarak) itu belum dijual, tetapi sebagai menteri yang bertanggungjawab ketika ini untuk membetulkan akaun dan pelaburan FELCRA, saya telah dapat sekurang-kurangnya tiga agensi ataupun syarikat yang berpotensi membeli bangunan yang telah siap itu," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata kos pembinaan bangunan itu didapati agak mahal, dan ia perlu dijual mengikut harga pasaran supaya hasil jualan itu akan dapat membayar balik hutang-hutang Felcra kepada kerajaan.
Pada 26 Jun lepas PAC mengemukakan lima syor kepada kerajaan supaya memantau isu hutang tinggi yang ditanggung Felcra Berhad serta anak-anak syarikatnya.
PAC mengesyorkan KKDW dan Felcra supaya lebih bertanggungjawab dan tegas dalam mengawal selia anak-anak syarikatnya supaya menjana keuntungan dan mencapai matlamat penubuhan.
Ahmad Zahid berkata pandangan dan syor yang dibuat oleh PAC adalah terkait dalam perkara-perkara dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Parlimen minggu lepas dan akan dibahaskan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Ahmad Zahid berucap ketika hadir merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak hari ini. - Foto Bernama
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Zahid nyatakan komitmen selesaikan masalah hutang Felcra, teliti syor PAC
Langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung.