SERDANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir Program Felda Berselawat yang disertai lebih 1,500 pengunjung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, malam tadi.
Ahmad Zahid yang berjubah putih tiba kira-kira 9.20 malam diiringi Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar dan Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.
Program dimulakan dengan bacaan doa, disusuli sesi alunan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Bacaan qasidah dan selawat dialunkan barisan artis seperti Datuk Nash, Aris Ariwatan, Yabang Khalifah, Kumpulan INTEAM, Mawi, Lah Ahmad dan Zaf VE, manakala sesi tausiyah (nasihat) disampaikan oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.
Program Felda Berselawat ialah sebahagian daripada acara sambutan Hari Peneroka Felda yang diadakan bermula hari ini hingga Ahad dan bukan sehari seperti kelazimannya.
Pada program itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut menyampaikan Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam Felda (ATIF) bertujuan menghargai dan mengiktiraf masjid serta imam yang terus menongkat kecemerlangan dalam pembangunan ummah.
AMC diterima Masjid Nurul Iman Felda Palong 9,10 dan 11 Wilayah Segamat, manakala ATIF diterima Saiful Anam Alisaa dari Masjid Felda Sungai Behrang, Perak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan program itu pada Ahad ini dan bakal menghimpunkan 500,000 peneroka serta pengunjung dari seluruh tanah rancangan.
Hari Peneroka disambut pada 7 Julai setiap tahun dan ia telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda.
Tarikh keramat itu merupakan penghormatan buat peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Ahmad Zahid (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Imam Felda kepada Saiful Anam Alisaa dari Masjid Felda Sungai Behrang pada Program Felda Berselawat di MAEPS, Serdang, malam tadi. - Gambar Bernama
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.