KUALA LUMPUR: Ketaksuban pengikut selain keegoan pemimpin yang sering beranggapan diri mereka betul merupakan antara penyebab mengapa parti politik di negara ini semakin tumbuh melata.
Lebih membimbangkan, tegas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, segelintir
pemimpin dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.
Perubahan landskap politik negara, kata Musa, jelas ketara selepas sistem demokrasi negara memberi kebebasan pada penubuhan parti politik.
"Di Malaysia kita bermula dengan satu parti yang dominasi negara ini, selepas itu kita melihat sistem demokrasi memberi kebebasan kepada semua untuk menubuhkan parti politik mereka.
"Namun, apabila semakin demokrasi dan bebas, ada pemimpin poliitk yang ini menonjolkan diri mereka. Masalahnya apabila ada sesetengah mereka ini berasa marah dan ingin membuat perubahan dengan dokongan penyokong 'kaki kipas', merecukkan (mencucuk) sana sini," kata Musa mengulas perkembangan semasa gelanggang politik negara ketika ini.
Mengulas lanjut, kata Musa, dalam penantian menanti pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, apa yang perlu diutamakan pemimpin politik ialah kepentingan rakyat berbanding kemaruk kuasa semata-mata.
"Mari kita pastikan setiap undian itu adalah rahsia, semua rakyat mempunyai hak untuk ekspresi pandangan mereka melalui kertas undi dalam menentukan siapa layak diberi mandat.
"Pastikan pilihan raya yang bebas, agar undi itu rahsia dan kita boleh melaksanakannya," kata Musa menitip pesanan.
Dalam perkembangan berkaitan, Musa turut mengulas keghairahan segelintir pemimpin dalam UMNO yang didakwa beliau berusaha untuk mendapat tempat dalam parti berbanding melatakkan kepentingan rakyat.
"Dalam politik ada jatuh bangunnya, saya tidak rasa UMNO akan kekal selama-lamanya hingga kiamat… itu tidak realistik.
"Perpecahan yang jelas bagi saya, ia berlaku. Terdapat perpecahan induk di kalangan UMNO sendiri, ia adalah proses demokrasi kerana masing-masing cuba untuk menaikkan nama dalam UMNO.
"Masing-masing menggunakan kedudukan mereka, kerana mereka mahu menaikkan diri dengan alasan untuk kepentingan parti. Tetapi bahagian diri sendiri adalah yang menguasainya sekarang," ulas Musa.
Tambahnya, perkara itu seharusnya dielakkan, sebaliknya kepentingan negara menjadi keutamaan.
"Saya berharap kepentingan diri itu tidak sepatutnya menjadi keutamaan, apa lebih penting meletakkan kepentingan masyarakat demi negara kita yang tercinta," katanya lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 15 2022

Ketaksuban pengikut selain keegoan pemimpin yang sering beranggapan diri mereka betul merupakan antara penyebab mengapa parti politik di negara ini semakin tumbuh melata, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

"Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak" - Musa Hitam
Kata Musa, segelintir pemimpin juga dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.

"Saya tidak pernah lihat badan kehakiman negara bebas seperti hari ini" - Tun Musa
Institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak, tegas Musa.

Selesaikan COVID-19, bukan cari salah! - Musa Hitam
Semua Ahli Parlimen sepatutnya tidak melepaskan peluang besar berkenaan bagi menangani pandemik yang menjadi musuh yang tidak dapat dilihat.

Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.

RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14, elak politik pancing undi
Musa yang juga menteri dalam negeri pada waktu itu menegaskan cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalahguna untuk kepentingan politik dan memancing undi.

Pucuk pimpinan perlu peka dengan kritikan Daim - Musa Hitam
Pucuk pimpinan negara perlu peka kepada pandangan dilontar Tun Daim Zainuddin untuk mengenal pasti sama ada betul atau tidak wujud krisis kepercayaan.

OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku terbaharunya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.

Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memuji kemampuan Tun Musa Hitam dalam memahami kehendak rakyat dengan mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan.

Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya, termasuk bercuti, kekalkan jawatannya atau meletakkan jawatannya.

Sistem pemilihan UMNO perlu berkonsepkan bebas dan adil - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berharap sistem pemilihan UMNO diberi penambahbaikan pada masa depan.