Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi berdarah Memali yang berlaku pada 1985 seharusnya dibuat selepas pilihan raya umum akan datang (PRU14), gesa bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri pada waktu itu menegaskan, cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna untuk kepentingan politik dan memancing undi.
"Perkara yang perlu diteliti ialah mengenai kesesuaian masa penubuhan dan prosiding yang dijalankan supaya objektif penubuhannya bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek hingga mengorbankan kebenaran dan tergelincir daripada matlamat mahu mencari kebenaran secara hakiki.
"Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, adalah lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selesai PRU ke-14," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau yakin, mana-mana pihak yang serius dan jujur serta mahu mengetahui latar belakang dan kejadian sebenar Peristiwa Memali, akan bersetuju supaya penubuhan dan prosiding RCI ditangguhkan sehingga selesai PRU14.
Mengulas lanjut, Musa berkata, suasana politik negara yang tenang dan tenteram akan dapat menghindarkan serta mengelakkan daripada berlaku apa juga niat serong mana-mana pihak untuk memperalatkan dan melakukan eksploitasi politik terhadap tragedi berkenaan.
Katanya, beliau tidak nampak rasional dan kebijaksanaan untuk menubuhkan RCI itu secara terburu-buru pada masa ini memandangkan isu itu telah berlaku hampir 32 tahun lalu.
Tambahan pula, katanya, Kertas Putih mengenai peristiwa Memali pernah diedarkan di Parlimen tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil untuk mencari kebenaran.
Beliau pada masa sama menginsafi peristiwa Memali sebagai satu titik hitam negara sekaligus mahu siasatan itu dilaksanakan dalam keadaan tenang, berfokus, selain tanpa prejudis dan pilih kasih.
Musa yang memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu menandatangani kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan ke Parlimen bertarikh 25 Februari, 1986.
Tiga tahun lalu beliau mendedahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ada di dalam negara semasa kejadian tersebut dan memohon bekas perdana menteri itu menangguhkan lawatannya ke China, tetapi Dr Mahathir enggan dan meminta beliau menguruskan isu Memali.
Dr Mahathir dalam reaksinya sebelum ini berkata, beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya itu ada menasihatinya supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden Memali.
Sejarah Memali lebih tiga dekad itu muncul semula selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kekecohan semasa forum "Nothing to Hide 2.0" baru-baru ini tercetus kerana jawapan Dr Mahathir berkenaan peristiwa Memali tidak memuaskan hati hadirin.
Susulan itu, pemimpin kanan PAS itu mengulangi desakan supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyemak semula peristiwa 32 tahun lalu itu dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan kerajaan untuk berbuat demikian sekiranya ada permintaan.
Dua bekas ketua polis negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor bagaimanapun mempersoalkan kewajaran membuka semula siasatan yang sudah selesai.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Aug 23 2017

MUSA: Demi mengelak peristiwa Memali disalahgunakan untuk kepentingan politik dan memancing undi, lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan prosiding Suruhanjaya ini ditangguhkan sehingga selesai PRU14. Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Walaupun terluka, kami sudah lama maafkan UMNO - Penduduk Memali
Ruang kepada pihak yang terlibat untuk memperbetulkan keadaan dan memperbaiki kekhilafan yang dilakukan sebelum ini tidak pernah tertutup.

Pas gesa tubuh RCI rungkai peristiwa Memali
Pas menggesa kerajaan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa hitam Memali pada 1985.

Pas Selangor gesa tubuh RCI siasat peristiwa Memali
PAS Selangor menggesa kerajaan Persekutuan supaya segera menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat kembali peristiwa Memali serta pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

Cadangan tubuh RCI bagi peristiwa Memali bukan untuk aniaya sesiapa - MB Kedah
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berpendapat RCI berkenaan ditubuhkan sememangnya terdapat keperluan dan permintaan daripada pelbagai pihak termasuk waris mangsa.

Kerajaan sedia tubuh Suruhanjaya Diraja siasat tragedi Memali
Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat peristiwa Memali sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa.